Dikecam Tayang Perut Lepas Balik Umrah, Intan Najuwa Beri Respon – ” Tutup Aurat Tak Semestinya Dijanjikan Syurga”

Entertainment
29 Jan 2023 • 10:31 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon jelita, Intan Najuwa baru-baru ini menerima kecaman netizen apabila dia kembali berpakaian seksi meskipun baru sahaja menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Kota Mekah.

Difahamkan, Intan ada berkongsi beberapa foto memaparkan bahagian perut ketika bercuti di Dubai.

Berikutan kecaman yang diterimanya, Intan memohon agar orang ramai tidak terlalu membuta tuli menghakimi orang lain hanya berdasarkan penampilan mereka.

Dia dalam pada itu mengakui sudah lali dengan kecaman netizen yang diterimanya sejak bergelar artis.

Intan berkongsi pendapat peribadinya itu di laman Instagram dan memberitahu bahawa seseorang itu tidak dijanjikan syurga berpandukan apa yang dipakai dan penampilan luaran mereka.

image is not available

Penampilan luaran seseorang tidak semestinya melambangkan mereka dekat atau rapat dengan Allah.

Tambahnya lagi, orang ramai sepatutnya mendoakan agar seseorang itu berubah menjadi lebih baik dan bukannya hanya sekadar menghakmimi.

Terdahulu, Intan Najuwa telah menunaikan umrah buat kali kedua pada awal Januari 2023 dan peminat dilihat turut mendoakan agar dia berubah menjadi seorang muslimah yang menutup aurat selepas pulang dari Tanah Suci.

image is not available 1 hari lalu

"Padam Semua Gambar Isteri Di IG" - Pelakon Lelaki Kacak Kantoi Mesej L*cah Dengan Wanita Lain

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved