Pakai Baju Labuh & Sopan Bertudung, Netizen Puji Janna Nick – “Nampak Ayu Macam Ni”

Women's Fashion
13 Jan 2023 • 3:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, pelakon dan penyanyi iaitu Janna Nick mencuri tumpuan netizen apabila dia dilihat sering berpakaian seksi dan berimej baru di Instagram selepas putus cinta dengan teman lelaki, Dini Schatzmann.

Namun, baru-baru ini pelakon berusia 27 tahun itu tampil dengan imej berbeza apabila dilihat memakai jubah kaftan labuh dan bertudung serba hitam.

Menerusi video dimuat naik di Instagram, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berpakaian sopan ketika membuat reviu di sebuah resort di Terengganu.

Hi Terengganu!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah memuji penampilan pengacara program Famili Duo itu yang kelihatan lebih manis dan ayu menutup aurat.

Bukan itu sahaja, ada juga peminat yang mengatakan wajah Janna mirip pelakon Lisa Surihani apabila mengenakan hijab.

image is not available

Malah, ramai yang mendoakan agar bekas kekasih Dini Schatzmann itu dikurniakan hidayah untuk kekal berhijab suatu hari nanti.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 bulan lalu

"Thank You, Next!" - Pakai Skirt Senteng Dan Berambut Ungu Lepas Putus Cinta, Janna Nick Curi Tumpuan Netizen