Dikecam Teruk Lepas Tinggalkan Komen ‘Stay Safe’ Di IG Gal Gadot, Raja Ilya Perjelas Situasi Sebenar

Entertainment
17 Oct 2023 • 1:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti yang ramai sedia maklum, Gal Gadot yang terkenal dengan wataknya sebagai Wonder Woman berasal dari Israel dan dia telah menyatakan sokongan penuhnya terhadap negara tersebut.

Di kala ramai yang mengecam Gal Gadot, pelakon Raja Ilya telah menerima kritkan hebat netizen gara-gara meninggalkan komen ‘Stay safe’ di Instagram pelakon antarabangsa itu.

“Komen saya hanya tanda prihatin sebab dia pelakon”

Susulan itu, Raja Ilya telah membuat penjelasan berhubung komen yang dimuat naiknya dengan mengatakan ia hanyalah sebagai tanda prihatinnya kepada pelakon lain.

Menurut Raja Ilya lagi, dia pada awalnya tidak mengetahui sebab dan sejak bila Gal Gadot dibenci di Malaysia kerana setiap filem yang dilakonkan Gal ditonton oleh semua orang hingga pecah panggung.

Ia hanyalah sebagai tanda prihatin, act of kindness sebab dia pelakon. Dia bukan askar Israel, bukan Perdana Menteri Israel, faham tak? Dia pelakon.

“Ilya tak tahu yang ramai benci dia. Sebabkan filem dia keluar kat Malaysia, semua orang tengok dan panggung itu penuh. Saya tak tahu bila orang benci dia,” katanya.

Jelas Raja Ilya lagi, tujuan dia meninggalkan komen itu adalah kerana kapsyen Gal Gadot yang menyebut berkenaan situasi di sana yang menakutkan kerana peperangan dan bukannya menyokong Israel.

Tambahnya lagi, ia sangat tidak masuk akal untuk mengecamnya hanya kerana komen berkenaan yang mana perkara ini juga dianggap agak keterlaluan.

Pun begitu, video penjelasan itu telah menerima pelbagai komen netizen yang mana ada di antaranya memperbetulkan kenyataan Raja Ilya dengan mengatakan Gal memang pernah menjadi anggota Israel Defense Force (IDF) selama dua tahun menerusi carian di Google.

Apa pendapat korang mengenai hal ini?

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.