Dikelilingi Alam Semulajadi, Nikmati Percutian Tenang Di Serembu Eco Park Siniawan

30 Jan 2024 • 12:35 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di sini

Dikelilingi Alam Semulajadi, Nikmati Percutian Tenang Di Serembu Eco Park Siniawan. Ingin menikmati percutian tenang dikelilingi alam semulajadi tidak jauh dari Bandaraya Kuching, Serembu Eco Park Siniawan di Bau adalah tempat paling sesuai buat anda.

Pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan di sini membuatkannya menjadi destinasi sesuai untuk keluarga, rakan-rakan dan juga rombongan kerja.

image is not available
Dikelilingi Alam Semulajadi, Nikmati Percutian Tenang Di Serembu Eco Park Siniawan. Kredit gambar: @JalanjalancarimakanKuchingSamarahan

Rumah penginapan berpenghawa dingin dan selesa

Selain daripada pelbagai aktiviti menarik yang boleh dibuat, rumah penginapan berpenghawa dingin, cantik dan selesa juga ditawarkan di sini.

image is not available
Kredit gambar: @JalanjalancarimakanKuchingSamarahan

Antara aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di sini adalah hiking, berenang, bbq dan juga berkhemah. Mandi manda dalam kolam renang sambil menikmati keindahan alam semulajadi, adalah salah satu aktiviti yang anda wajib lakukan di sini.

image is not available
Kredit gambar: @JalanjalancarimakanKuchingSamarahan

Menawarkan harga yang berpatutan

Menawarkan harga yang berpatutan, anda boleh hubungi Eco Park Siniawan di talian 011-3676 8798 atau boleh ke Facebook mereka di Serembu Eco Park. Jangan lupa, rancang percutian anda ke sini nanti.

Maklumat penting

Lokasi: Serembu Ecopark, Siniawan, Bau, Malaysia

Waktu operasi: 10am-10pm

Hubungi: 011-3676 8798

Lagi tempat percutian menarik di sini:

https://www.iloveborneo.my/homestay-atas-pokok-dikelilingi-alam-semulajadi-nikmati-percutian-menarik-di-permai-rainforest-kuching/

https://www.iloveborneo.my/yuran-masuk-hanya-rm-5-jom-beriadah-sambil-menikmati-keindahan-alam-semulajadi-di-adis-buan-resort-bau/