Suasana Tenang, Minurod Campsite Kampung Pahu Kiulu Tawar Pelbagai Aktiviti Menarik

20 Jan 2024 • 2:12 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Berkhemah di sini memang best, siap boleh Stargazing waktu malam

Suasana Tenang, Minurod Campsite Kampung Pahu Kiulu Tawar Pelbagai Aktiviti Menarik. Jika anda minat aktiviti santai yang membolehkan anda dekat dengan alam semulajadi, Minurod Campsite, Kampung Pahu Kiulu Sabah ini adalah pilihan terbaik buat anda.

Hanya mengambil perjalanan 1 jam 30 minit daripada Kota Kinabalu, pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan pengunjung yang datang di sini. Jika anda ingin memilih percutian santai dikelilingi alam semula jadi dan pemandangan yang indah, ini memang tempat paling sesuai untuk anda.

image is not available
Suasana Tenang, Minurod Campsite Kampung Pahu Kiulu Tawar Pelbagai Aktiviti Menarik. Kredit gambar: Sabah Bah Ini

Bayaran masuk ke Minurod Campsite

Menurut sumber di Facebook, bayaran masuk ke Minurod Campsite ini juga amatlah berpatutan iaitu RM 5 bagi dewasa RM 3 bagi kanak-kanak, untuk Day Trip manakala jika anda ingin bermalam, anda hanya perlu membayar RM 10 bagi dewasa dan RM 5 bagi kanak-kanak.

image is not available
Kredit gambar: Sabah Bah Ini

Antara aktiviti menarik yang ditawarkan di sini adalah, Tiubing, Mandi Sungai, Piknik, Berkhemah, Stargazing, Jungle Trekking dan banyak lagi.

image is not available
Kredit gambar: Sabah Bah Ini

Kemudahan disediakan

Kemudahan seperti tandas, bilik mandi dan kedai runcit juga disediakan di sini jadi anda tak perlu risau. Anda juga boleh menempah Open Hut dan Closed Hut di sini. Jadi tunggu apa lagi, bawa keluarga dan juga rakan-rakan anda untuk beriadah di sini!

Maklumat penting

Lokasi: Kampung Pahu Kiulu. 30km dari pekan Tamparuli

Masa Operasi: 24 jam

Hubungi: 019-831 2012

Lagi tempat menarik di Sabah yang anda perlu kunjungi di sini:

https://www.iloveborneo.my/indah-seperti-di-luar-negara-ketahui-dreamland-beach-holiday-homestay-di-kudat/

https://www.iloveborneo.my/hamparan-lautan-biru-semporna-nikmati-percutian-villa-terapung-di-nusakuya-resort/