Dikenakan Bayaran Masuk RM5 Seorang, Individu Kesal Dengan Pihak Pengurusan Pantai Trombol

26 Jun 2023 • 10:31 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ramai tak puas hati dengan tindakan pihak pengurusan pantai

Dikenakan Bayaran Masuk RM5 Seorang, Individu Kesal Dengan Pihak Pengurusan Pantai Trombol. Pantai Trombol merupakan salah satu destinasi popular di Telaga Air bagi penduduk sekitar Kuching.

Tidak dinafikan, Pantai Trombol ini bakal memukau hati sesiapa sahaja yang datang ke sini dengan pasir putihnya yang lembut, air laut yang jernih menggoda, dan panorama yang mempesonakan. Memang tak dapat disangkal pantai ini mempunyai daya tarikan yang memukau!

image is not available
Dikenakan Bayaran Masuk RM5 Seorang, Individu Kesal Dengan Pihak Pengurusan Pantai Trombol. Kredit: Facebook

Namun, ketenangan Pantai Trombol terganggu dengan keputusan pengurusan pantai yang mengenakan bayaran masuk sebanyak RM5 seorang.

Rupanya, keputusan ini mengejutkan ramai pihak dan menimbulkan kemarahan yang tidak terkata.

Banyak yang tidak setuju dengan tindakan pemilik pantai tersebut, terutamanya mereka yang terbiasa datang ke pantai ini dengan bayaran masuk RM10 untuk sebuah kereta.

image is not available

Walaupun masih dianggap mahal dengan bayaran RM10 sebuah kereta tetapi masih ramai yang mahu beriadah ke situ.

Setelah meninjau ke ruangan komen, pelbagai pendapat dikemukakan oleh netizen.

image is not available

Ada yang merasa sangat marah dan tidak bersetuju dengan keputusan ini. Mereka berpendapat bahawa pantai sepatutnya adalah tempat yang boleh diakses oleh semua orang tanpa sebarang bayaran.

image is not available

Ada juga yang berpandangan positif, menganggap bayaran masuk ini sebagai cara untuk menjaga kelestarian pantai dan meningkatkan kemudahan awam.

image is not available

Walaupun begitu, pendapat berpecah dan rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan pihak pengurusan pantai itu.

Baca lagi artikel menarik: