Dikritik Buat Konten Nak Cuba Sports Bra Untuk Lihat Reaksi Staf Kedai Pakaian, Lelaki Tampil Mohon Maaf & Dakwa Dah Minta Izin

20 Jul 2026 • 11:08 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, seorang pencipta kandungan (content creator) dikritik hebat selepas didakwa memuat naik video konten reaksi wajah seorang pekerja wanita kedai menjual pakaian sukan dan fesyen, tanpa kebenarannya.

Menerusi video berkenaan, kelihatan lelaki itu telah membawa sehelai bra sukan (sports bra) ke bilik persalinan lalu bertanya kepada staf wanita itu sama ada dia boleh mencubanya ataupun tidak.

Difahamkan, video itu bertujuan untuk mendapatkan reaksi pekerja apabila melihat seorang lelaki mahu mencuba pakaian dalam wanita.

Namun wanita tersebut kemudiannya memuat naik satu hantaran di Threads, memohon bantuan orang ramai untuk meninggalkan komen pada video berkenaan agar lelaki terbabit memadam video tersebut.

‘Jangan Sampai Saya Saman, Main Rakam Je Muka Orang’ – Staf Wanita

Dedah wanita itu, dia sebenarnya sudah meminta lelaki berkenaan untuk memadam tersebut yang dakwanya telah dirakam tanpa kebenaran.

Meskipun tidak memberi keizinan, video wajahnya masih dijadikan konten dan dimuat naik di platform media sosial untuk tontonan umum.

“Saya sebenarnya dah suruh delete video yang dia rakam saya. Bro jangan sampai saya saman awak. Dah la main rakam je muka orang. Mana akhlak? Tolong semua minta komen suruh dia delete video tu,” dakwanya di ruangan kapsyen.

View on Threads

Telah Turunkan Video, Lelaki Harap Staf Turut Take Down Hantaran Di Threads

Lelaki kemudiannya tampil memohon maaf di Threads, dan berharap agar wanita itu menurunkan hantaran memandangkan dia pun telah take down video konten berkenaan.

“Assalamualaikum, di sini saya Miendontcare acc TikTok (miendontcare69), ingin memohon maaf secara terbuka kepada pemilik akaun atas segala kesilapan pada video yang telah tular pada hari ini (semalam, 19 Julai) .

“Saya pun telah menurunkan video tersebut dan berharap owner pun berbuat sedemikian. Semoga permohonan maaf saya secara terbuka ini diterima oleh semua pihak. Sekali lagi saya minta maaf,” katanya.

Lelaki Dakwa Wanita Sudah Beri Kebenaran Sebelum Ini

Namun dalam hantaran sama, dia turut berkongsi satu tangkap layar mesej peribadinya (dm) dengan wanita itu.

Dalam perbualan tersebut, dia menyebut “Minta maaf baru bangun, video dah diturunkan. Benda boleh dm saya, kenapa post dekat sini. Saya ada saksi adik saya, yang awak cakap okay kalau nak post kan? Harap awak turunkan juga hantaran dekat sini (Threads).”

Image from: Dikritik Buat Konten Nak Cuba Sports Bra Untuk Lihat Reaksi Staf Kedai Pakaian, Lelaki Tampil Mohon Maaf & Dakwa Dah Minta Izin

Malah dia mendakwa perkara sama dalam satu sesi siaran langsung di TikTok sebelum ini.

“Nak report video semalam tu, silakan. Aku ada adik aku sebagai saksi, ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV), aku ada member dia sebagai saksi, cuma aku tak ada bukti video yang (menunjukkan) aku minta (izin) tu,” dakwanya menerusi klip video live.

View on Threads

Ramai Percaya Ia Adalah Gangguan Seksual

Namun, ruangan komen di hantaran lelaki itu terus dihujani kritikan apabila dia dikatakan seolah-olah tidak ikhlas memohon maaf dan ada juga yang menyifatkan perbuatannya satu gangguan seksual terhadap wanita tidak dikenali.

Semakan kami di TikTok mendapati video berkenaan telah pun hilang dipercayai sudah dipadam atau ditetapkan sebagai peribadi (private) dan bukan untuk tontonan umum.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved