Dikritik guna kuali buruk, Farahdhiya balas “Paling penting dapur saya berasap walaupun tak berlaki”

EntertainmentLifestyle
25 Dec 2025 • 5:49 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi Farahdhiya meluahkan rasa pelik apabila penggunaan kuali lama miliknya menjadi bahan perbualan sehingga mengundang komen sinis segelintir netizen di media sosial.

Ujar Farahdhiya atau nama sebenarnya Nur Farahdhiya Mohd. Amin, 41, dia tidak melihat sebarang isu besar menggunakan peralatan dapur lama selagi masih berfungsi dengan baik dan memberi kepuasan ketika memasak.

“Apa salah kuali legenda ini sampai ada sibuk bertanya kenapa guna kuali buruk?
“Ada pula sindir, artis tapi pakai kuali buruk, tak ada duit ke nak beli kuali elok?” katanya dalam Threads.

image is not available

Dikritik guna kuali buruk

Pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu bagaimanapun menegaskan kuali lama dan murah lebih memberi ‘rasa’ tersendiri, terutama buat individu yang benar-benar gemar memasak seperti dirinya.

“Saya memang suka masak guna kuali paling buruk dan paling murah sebab nikmatnya hanya orang yang betul-betul masuk dapur sahaja faham.
“Tak perlu risau pasal hidup saya. Saya okey, malah sangat bahagia dengan kuali-kuali buruk ini,” ujarnya.

Artikel lain: “Pembuluh darahnya pecah…”-Siti Nurhaliza ziarah peminat setia di ICU, titip doa penuh harapan

Naib Juara Gegar Vaganza musim kedua itu turut menyelitkan sindiran halus apabila mengaitkan isu berkenaan dengan status dirinya sebagai wanita bujang.

“Paling penting dapur saya berasap setiap hari walaupun saya bukan isteri sesiapa.
“Sekadar nak beritahu, saya rajin walaupun tak berlaki,” tegasnya.

image is not available

Perkongsian itu pantas mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen, dengan rata-rata tampil mempertahankan Farahdhiya serta menyokong gaya hidup sederhana yang diamalkannya.

image is not available

Malah, ada juga netizen menyifatkan isu tersebut tidak wajar diperdebatkan kerana pilihan peribadi seseorang tidak seharusnya dijadikan bahan sindiran, apatah lagi hanya melibatkan soal kuali di dapur sendiri.

Sumber: Threads farahdhiya_fd
View Original Article