![Image from: Dikritik Kerana Hanyutkan Coklat Ke Dalam Laut, Haroqs Mohon Maaf & Perjelaskan Niatnya [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/haroqs-mohon-maaf-campak-coklat-ke-dalam-laut-800x467.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam (18 Mei), tular di media sosial tindakan seorang sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, Muhammad Hareez Adzrami atau dikenali sebagai Haroqs yang menghanyutkan coklat ke dalam laut dengan harapan ia sampai ke tangan kanak-kanak di Gaza.
Menerusi perkongsian video di Threads, kelihatan Haroqs mencampakkan bungkusan coklat kecil ke dalam laut ketika dalam pelayaran di kapal Alcyone.
View on Threads
Namun tindakannya itu mengundang pelbagai reaksi dari warganet. Ada netizen yang menyokong namun ramai yang mengkritik tindakan Haroqs termasuk usahawan, Wak Doyok dan berpendapat ia boleh mencemarkan alam sekitar serta membahayakan haiwan di lautan.
View on Threads
![Image from: Dikritik Kerana Hanyutkan Coklat Ke Dalam Laut, Haroqs Mohon Maaf & Perjelaskan Niatnya [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/hanyutkan-coklat_1.jpg)
Haroqs Mohon Maaf, Tiada Pilihan Lain Untuk Sampaikan Coklat Ke Anak-Anak Gaza
Ekoran itu, Haroqs dalam satu hantaran di Threads memohon maaf atas tindakannya yang membuang dan menghanyutkan coklat ke dalam laut yang dianggap tidak sopan dan boleh mencemarkan alam sekitar.
Jelas Haroqs yang berusia 26 tahun, niatnya hanyalah mahu coklat yang dibawa sampai ke kanak-kanak di Gaza.
“Maaf andai perbuatan saya mencampakkan coklat di tengah laut adalah tidak sopan dan mencemarkan kehidupan laut.
“Saya sedar saya manusia yang kurang cerdik saya cuma tiada pilihan lain untuk sampai coklat ke anak anak G (Gaza).
“Dengan cara apa sekalipun saya buat mungkin anda tidak senang. Kalau dengan cara ini baru buka mata dan minda anda untuk bersuara nampaknya memang anda menanti kesilapan dari saya.
“Saya hanya berharap Allah menyampaikan coklat ini ke anak anak di G. Keep going Allah with us,” tulisnya.
View on Threads
Turut Titip Doa Buat Rakyat Gaza
Dalam hantaran berasingan, Haroqs turut menitipkan doa kepada Allah SWT agar mengampunkan dosanya dan mengurniakan rezeki buat rakyat Palestin di Gaza.
“Maafkan aku ya Allah aku hamba yang berdosa. Ghaibkan kapal kami dari mata mata musuh kami. Kami tidak kuat tanpa engkau Ya Allah. Segala apa yang kami ada semuanya adalah milik engkau Ya Allah.
“Maafkan aku atas perbuatan aku yang tidak senangkan rakyat Malaysia. Engkau berilah rezeki tumbuhan dan buah buahan kepada rakyat G. Engkau hadirkanlah ikan yang banyak di persisiran pantai G. Engkau sembuhkanlah penyakit, senangkanlah kehidupan mereka dan turunkanlah hujan di bumi G,” tulisnya lagi.
View on Threads
Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi
Perkongsian yang telah mendapat lebih 298,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri atas tindakan sukarelawan terbabit.
Ada warganet yang menerima permohonan maaf Haroqs dan menyuarakan hasrat untuk terus menyokongnya.
Malah, ada yang mendoakan agar pemuda terbabit selamat sampai ke destinasi.
Namun, masih ada segelintir warganet yang berpendapat agar Haroqs menggunakan alternatif lain seperti menggunakan botol untuk menghanyutkan coklat yang dibawanya itu.
Ini antara komen pengguna Threads:
“Its Okay Haroqs. Hanya Allah Sahaja Yang Tahu Niat Haroqs Yang Sebenar. 1 Netizen Hentam, Beribu Yang Lain Di Belakang Haroqs”
![Image from: Dikritik Kerana Hanyutkan Coklat Ke Dalam Laut, Haroqs Mohon Maaf & Perjelaskan Niatnya [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/haroqs-mohon-maat_warganet_1.jpg)
“Haroqs Jangan Cakap Begitu. Haroqs Buat Yang Terbaik Dah. Haroqs Sangat Berani”
![Image from: Dikritik Kerana Hanyutkan Coklat Ke Dalam Laut, Haroqs Mohon Maaf & Perjelaskan Niatnya [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/haroqs-mohon-maat_warganet_3.jpg)
“Balik Malaysia Sekarang, Masuk Sekolah Balik”
![Image from: Dikritik Kerana Hanyutkan Coklat Ke Dalam Laut, Haroqs Mohon Maaf & Perjelaskan Niatnya [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/haroqs-mohon-maat_warganet_2.jpg)
“Matlamat Tak Menghalalkan Cara Okay. Dah Salah Mengaku, In The Future Improve, Bukan Gaslight Orang Balik”
![Image from: Dikritik Kerana Hanyutkan Coklat Ke Dalam Laut, Haroqs Mohon Maaf & Perjelaskan Niatnya [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/haroqs-mohon-maat_warganet_4.jpg)
Baca Artikel Berkaitan: ‘Eksperimen’ Lelaki Hanyutkan Tepung & Beras Ke Laut Harap Sampai Ke Gaza Jadi Perhatian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Terima Kasih Pada Pihak Yang Beri Bantuan & Dana Untuk Bantu Rakyat Palestin – MERCY Malaysia
