![Image from: Dikritik Selepas Didakwa Jadi Orang Ketiga Dalam Hubungan Fify Azmi, Influencer Singapura Tampil Bersuara [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/Dikritik-Selepas-Didakwa-Jadi-Orang-Ketiga-Dalam-Hubungan-Fify-Azmi-Influencer-Singapura-Tampil-Bersuara-Video-800x467.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini, kecoh di laman Threads mengenai beberapa foto tangkap layar perbualan bekas kekasih pelakon tempatan, Fify Azmi bersama seorang wanita sehingga berlaku pergolakan antara Fidy dan pasangannya.
Menerusi perbualan tersebut, difahamkan wanita itu sedang bersiap sedia untuk pergi ke rumah bekas kekasihnya itu.
Sarah Yasmine Tampil Bersuara, Tegaskan Hanya Berkawan Rapat Dengan Niezam Zaidi
Terbaharu, pempengaruh kontroversi dari Singapura, Sarah Yasmine telah tampil bersuara mengenai dakwaan menjadi orang ketiga dalam hubungan Fify sebelum ini.
Walaupun Fify tidak menyebut sebarang nama, namun Sarah berkata bahawa dia bersama pelakon, Niezam Zaidi tidak pernah menjalin hubungan istimewa seperti yang diuar-uarkan, sebaliknya hanya bersahabat baik.
Ketika Kenal Niezam, Dia Tidak Lagi Bersama Fify – Sarah
Dia juga mendakwa bahawa dia tidak pernah menjalin hubungan bersama Niezam sewaktu pelakon tersebut masih bersama Fify.
“Apa yang korang katakan tentang saya dalam Threads, perkara tersebut tidak betul. Saya dan Niezam kawan yang sangat rapat mula berkenalan ketika sama-sama terlibat dalam drama Dia Bukan Syurga.
“Walaupun kami cuba untuk mengenali masing-masing, tetapi kami berdua tiada persefahaman. Jadi kami mengambil keputusan untuk kekal sebagai kawan. Daripada kawan kami jadi kawan baik kemudian bertukar menjadi kawan yang sangat rapat sampailah sekarang.
“Ketika saya mengenali Niezam, dia tidak lagi bersama dengan Fify. Tetapi saya tahu Niezam masih sayangkan Fify. Jadi saya cuba elak daripada berlaku sebarang drama. Saya sendiri memberi motivasi kepada Niezam untuk pulihkan keadaan dengan Fify,” katanya.
View on Threads
Hanya Mahu Bawa Cadar Kerana Rumah Baharu Niezam Kotor – Sarah
Malah dia juga menafikan tuduhan netizen yang mendakwa dia tinggal sebumbung bersama Niezam. Jelasnya, dia mahu membawa cadar kerana rumah baharu Niezam pada ketika itu berada dalam keadaan berselerak dan kotor.
“Dia (Niezam) jenis yang menghormati yang mana kalau ada benda kotor-kotor dia tak akan biarkan saya dekat dengan benda tu. Dia jaga saya macam tu. Jadi bab cadar-cadar tu tak ada apa-apa. Korang (netizen) hanya buat spekulasi melampau,” katanya.
Sarah Dakwa Fify Nak ‘Jatuhkan’ Niezam
Mengulas lanjut mengenai tangkap layar tular, Sarah mendakwa bahawa Fify sudah berniat untuk ‘menjatuhkan’ Niezam sebelum ini.
“Kepada Fify, aku dah mesej kau, dan marah, dah maki dengan apa yang kau dah buat sebab kau tahu aku dengan Niezam ni kawan. Kau mengadu dekat aku pasal Nizam. Kau burukkan Niezam dekat aku. Dah berbulan-bulan dia rancang untuk jatuhkan Niezam,” tambahnya lagi.
Fify Kongsi Screenshot Perbualan Agar Para Wanita Percaya Naluri Hati
Sebelum ini, nama Sarah Yasmine menjadi sebutan sehingga dicop ‘penyondol’ oleh netizen selepas ada yang mendapati gambar profil wanita yang terdapat dalam perbualan tersebut sama dengan foto profil Instagram miliknya.
Rentetan dari perkongsian itu, ramai mendakwa Sarah Yasmine telah mengganggu hubungan Fify.
Menerusi perbualan teks dikongsikan Fify, kelihatan Sarah sedang bersiap untuk ke rumah bekas pasangan Fify. Malah lelaki tersebut turut memberikan lokasi rumah kepadanya.
“Tak pernah terfikir saya perlu berkongsi perkara seperti ini. Tapi jika perkongsian ini dapat bantu walaupun seorang wanita untuk lebih mempercayai nalurinya, maka ia berbaloi.
“Ia juga menjadi peringatan bahawa pengkhianatan tak semestinya datang daripada orang yang tidak dikenali, dan kesetiaan bukanlah sesuatu yang boleh dianggap wujud hanya kerana seseorang itu kelihatan baik, penyayang atau nampak alim.
“Ada pengkhianatan yang tidak memusnahkan diri kita. Tapi buka mata kita tentang siapa yang sebenarnya tidak sepatutnya ada dalam hidup kita,” kata Fify di ruangan kapsyen.
View on Threads
