Media Sosial Aktor Niezam Zaidi Dihujat Netizen Susulan Kes Sarah Yasmine – “Dah Kemas Bilik Ke Tajul?”

Entertainment
5 Jun 2026 • 12:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Hantaran pelakon Niezam Zaidi menjadi perhatian ramai selepas dibanjiri pelbagai reaksi netizen susulan dakwaan yang mengaitkannya dengan isu kecurangan terhadap pelakon Fify Azmi.

Menerusi tinjauan media, salah satu hantaran yang dimuat naik oleh pelakon berusia 34 tahun itu menerima pelbagai komen kecaman daripada netizen selepas namanya dikaitkan dengan dakwaan curang.

Advertisement
View this post on Instagram

Pada hantaran sama, netizen turut meninggalkan komen berbaur sindiran susulan tular beberapa tangkap layar perbualan yang didakwa melibatkan pempengaruh media sosial, Sarah Yasmine.

Difahamkan, hantaran tersebut sebenarnya dimuat naik oleh Niezam pada Mei lalu. Bagaimanapun, ia kembali menjadi tumpuan selepas isu melibatkan dirinya dan Fify hangat diperkatakan di media sosial.

“Katil Je Paling Bersih..” – Sarah Yasmine Perjelas Isu Bawa Cadar Ke Rumah Niezam Zaidi, Nafi Jadi ‘Penyondol’

Walaupun ruangan komen dipenuhi pelbagai reaksi dan kecaman, Niezam dilihat masih belum membuat sebarang klarifikasi berhubung dakwaan tersebut setakat ini.

Terdahulu, Fify Azmi memuat naik beberapa tangkap layar perbualan yang didakwa melibatkan teman lelakinya bersama Sarah Yasmine.

Image from: Media Sosial Aktor Niezam Zaidi Dihujat Netizen Susulan Kes Sarah Yasmine – “Dah Kemas Bilik Ke Tajul?”Image from: Media Sosial Aktor Niezam Zaidi Dihujat Netizen Susulan Kes Sarah Yasmine – “Dah Kemas Bilik Ke Tajul?”

Meskipun Fify tidak mendedahkan nama individu berkenaan secara jelas, pelakon itu memberi bayangan bahawa kekasihnya merupakan seseorang yang mempunyai inisial NZ.

Isu tersebut kemudian menjadi bualan ramai apabila netizen mula mengaitkan nama Niezam Zaidi dengan pendedahan yang dibuat oleh Fify.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fify azmi2026-06-05 09:17:24

"Katil Je Paling Bersih.." - Sarah Yasmine Perjelas Isu Bawa Cadar Ke Rumah Niezam Zaidi, Nafi Jadi 'Penyondol'

The post Media Sosial Aktor Niezam Zaidi Dihujat Netizen Susulan Kes Sarah Yasmine – “Dah Kemas Bilik Ke Tajul?” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.