Dikritik Teruk Dek Lakonan Kayu Dalam ‘The Impossible Heir’, Hong Suzu Tutup Ruangan Komen Di IG

Entertainment
2 Apr 2024 • 11:20 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Kalau dah jadi pelakon, semestinya penonton akan melihat bakat lakonan mereka kan?

Sejak “The Impossible Heir” disiarkan, rata-rata penonton meluahkan perasaan teruja dek dapat menyaksikan gandingan hebat antara Lee Jae-wook dan Lee Jun-young. Pun begitu, siapa sangka nama pelakon lain yang kerap meniti di bibir orang ramai kini.

Membawa watak sebagai heroin utama, Hong Suzu menimbulkan kekesalan ramai kerana menampilkan bakat lakonan yang boleh dipersoalkan. Ini kerana wataknya kerap memaparkan ekspresi ‘ketat’ yang sama pada setiap babak, tak kiralah adegan genting atau pun sedih.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 홍수주 (@hongsuzu)

Malah hal itu turut dibincangkan di setiap platform media sosial termasuklah X, TikTok dan laman komuniti K-Drama. Ingatkan sampai di situ sahaja, tapi kritikan itu juga dibawa penonton hingga ke ruangan komen Instagram peribadi Hong Suzu. Antara komen yang ditinggalkan,

Sebab utama ramai berhenti menonton ‘The Impossible Heir’. Maaf jika kedengaran kasar, tapi lakonan awak teruk sangat.

Mungkin kerana kecaman yang tak terkawal, pelakon wanita itu sepertinya telah menutup ruangan komen di media sosial berkenaan untuk beberapa entrinya.

image is not available

Disebabkan oleh hal itu, ramai yang mengkritik segelintir penonton yang terlalu selesa untuk meluahkan pendapat mereka tanpa mengira perasaan pelakon berkenaan. Kebebasan bersuara tak bermaksud semua orang boleh berkata dengan sewenang-wenangnya!

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved