Dikritik Tidak Sesuai Untuk Penonton Tempatan, Universal Music Malaysia Bawa Turun Video Muzik Question Dolla

LocalEntertainment
16 Nov 2025 • 8:54 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Video muzik terbaru dari kumpulan tempatan, Dolla yang bertajuk Question telah diturunkan oleh syarikat rakaman kumpulan itu, Universal Music Malaysia semalam susulan kritikan dari orang awam mengenai penampilan dan pakaian anggota kumpulan Dolla dalam video muzik itu yang dikatakan mencolok mata.

Difahamkan, video muzik lagu Question oleh Dolla itu dikecam ramai kerana dikatakan telah menyentuh sensitiviti dalam kalangan penonton tempatan.

Susulan itu, video muzik tersebut telah dibawa turun dari semua platform digital termasuklah di YouTube, lapor Berita Harian.

image is not available

Menurut Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, keputusan itu diambil oleh pihak mereka selepas meneliti semula maklum balas masyarakat dan keseluruhan kandungan produksi.

Pihak mereka sentiasa menghormati sensitiviti agama nilai budaya serta pandangan peminat.

image is not available

Mereka juga menurunkan video itu untuk menjaga keharmonian pelbagai agama dan kaum di negara ini.

Dalam masa yang sama, susulan kontroversi ini, difahamkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengatakan pihak mereka sedang meneliti untuk mengenakan tindakan jenayah syariah kepada mana-mana selebriti atau artis Malaysia yang beragama Islam yang memakai baju yang mencolok mata.

Sumber: Berita Harian

Sumber: Universal Music Malaysia Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.