Dikurniakan darjah SSAP, Sheila Majid kini bergelar Datuk Seri

LocalEntertainment
1 Aug 2026 • 4:37 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dikurniakan darjah SSAP, Sheila Majid kini bergelar Datuk Seri

PETALING JAYA – Penyanyi Datuk Sheila Majid merupakan antara 52 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang bersempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sheila atau nama Shaheila Abdul Majid, 61, dikurniakan darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Sultan Pahang berkenan berangkat menyempurnakan istiadat yang berlangsung di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, di sini, hari ini.

Turut berangkat ialah Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan paduka anakanda Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Selain Sheila juga penyanyi yang digelar Ratu Jazz Negara, penerima darjah kebesaran lain adalah Ketua Hakim Negara, Tun Wan Ahmad Farid ke-67.

Terdahulu, penghibur terbabit dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada Oktober 2008.

Dari segi pencapaian kerjaya seninya, sepanjang lebih empat dekad Sheila meraih pelbagai pengiktirafan dalam dan luar negara. – KOSMO! ONLINE

The post Dikurniakan darjah SSAP, Sheila Majid kini bergelar Datuk Seri appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved