“Dikurung, direnjat elektrik” – Warga Malaysia Cerita Pengalaman Ngeri Jadi ‘Scammer’ Di Kemboja

Entertainment
28 Oct 2022 • 3:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui, ramai warganegara Malaysia yang telah menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan yang melibatkan scam yang kebanyakannya berpangkalan di negara jiran iaitu Kemboja serta Thailand.

Semalam, seramai enam orang warga Malaysia telah dibawa pulang selepas menjadi mangsa sindiket penipuan di Kemboja, mereka diperdayakan tawaran bekerja di kasino yang terletak di bandar pe­ranginan terkenal Sihanoukville dengan gaji lumayan.

Mereka telah berkongsi mimpi ngeri yang terjadi ketika di sana kerana mereka tidaklah diberikan pekerjaan yang dijanjikan sebaliknya mereka dipaksa untuk menjadi scammer untuk menipu orang awam termasuklah dari Malaysia.

Mangsa-mangsa itu menceritakan mereka dikurung dan dikenakan renjatan elektrik jika gagal mencari pelanggan baharu.

image is not available
Gambar hiasan

Mimpi ngeri keenam-enam mereka itu akhirnya dapat dihentikan selepas tujuh bulan kerana mereka berjaya meloloskan diri de­ngan bantuan pasukan Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO).

Salah seorang mangsa dikenali sebagai Adan memberitahu mereka dipaksa untuk bekerja selama 12 jam sehari malah, ada juga yang terpaksa bekerja sehingga 18 jam tanpa rehat sambil dipantau ketat oleh pengawal bersenjata setiap masa.

“Apabila tiba di sana, kami dipaksa untuk menipu individu di seluruh dunia terutama Malaysia.

Kami dipaksa memperdayakan mangsa menerusi panggilan, aplikasi WhatsApp dan media sosial lain.” katanya.

Menurut laporan Kosmo!, mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) semalam dari Phnom Penh, keenam-enam mereka itu berasal dari Sabah dan Sarawak.

Adan juga perlu sentiasa bertugas di depan komputer ma­sing-masing untuk mencari dan berhubung de­ngan ‘pe­langgan’ untuk menarik minat mereka mela­bur ‘saham’ dan berjudi.

Lebih dahsyat lagi, mereka juga turut dipaksa untuk memikat mangsa-mangsa wanita untuk dijadikan ‘kekasih’ sebelum mencuri duit mereka.

Sebagai seorang yang berpengalaman, Adan turut menasihatkan masyarakat agar tidak sewenang-wenangnya menekan sebarang link yang tidak dikenali di peranti atau telefon pintar.

Stay safe guys!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.