“Dilabel Sebagai Ayah Yang Exploitasi Anak Demi Kepentingan Diri, Itu Menyakitkan” – Bapa Adam’s Autism Family [Video]

17 Nov 2026 • 11:48 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

“Dilabel Sebagai Ayah Yang Exploitasi Anak Demi Kepentingan Diri, Itu Menyakitkan” – Bapa Adam’s Autism Family [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bekas komposer, penerbit dan yang juga bapa kepada anak autism Adam Wan iaitu Iman Wan Tuck menafikan dakwaan dia mempergunakan anak lelakinya berusia 25 tahun itu demi kepentingan diri sendiri.

Iman Wan Tuck Nafi Eksploitasi Anak Autisme Demi Kepentingan Diri

Ini termasuklah menerusi konten atau video-video yang dimuat naik di akaun media sosial Adam’s Autism Family mengenai keadaan anaknya selama ini.

“Saya bapa Adam dan pengasuhnya sepenuh masa. Saya juga seorang suami dan penyara keluarga. Adam berusia 25 tahun dan bergantung kepada saya sepenuhnya. Saya perlu jaga dia tetapi saya juga perlu bayar bil serta memikirkan tentang masa depannya.

“Sejujurnya, kalau saya ada banyak lagi pilihan saya akan dengan senang hati keluar bekerja, bangunkan bisnes sendiri dan pastikan kehidupan kami sekeluarga peribadi.

“Saya tak akan rasa ada keperluan untuk berkongsi banyak tentang Adam di dunia luar. Tapi saya perlu kerja dengan kehidupan yang kami ada,” katanya.

Kongsi Kehidupan Melalui Media Sosial Bukan Pilihan, Tapi Telah Jadi Platform Untuk Jana Pendapatan – Iman Wan

Jelas Iman Wan, platform media sosial bukanlah satu pilihan namun telah menjadi satu medium sumber pendapatan buatnya bagi menanggung keluarga dan dalam masa sama dapat bersama serta menjaga Adam sepanjang hari.

‘Setiap Posting Ada Matlamat Tersendiri, Bukan Sekadar Untuk Jana Pendapatan’ – Iman Wan

Sepanjang tempoh perjalanan dia bersama isteri berkongsi tentang keadaan Adam, Iman berkata mereka juga berpeluang bertemu dengan keluarga lain yang berdepan situasi sama selain memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang golongan autisme.

“Perkara ini menunjukkan bahawa perkongsian kami mempunyai matlamat, bukan sekadar untuk menjana pendapatan. Saya tak anggap diri saya sebagai pejuang hak autisme atau pakar, itu sebab juga kenapa saya tak terima jemputan untuk memberikan ceramah mengenai topik ni.

“Saya pilih untuk berkongsi tentang kehidupan keluarga kami, kemenangan, kesulitan dan bagaimana kami berusaha bersama-sama sebagai keluarga untuk menjaga Adam,” kongsinya.

View this post on Instagram

A post shared by Adam’s Autism Family (@adamsautismfamily)

Tak Perlu Setuju Dengan Konten Kami, Nafi Dakwaan Mempergunakan Anak Demi Konten – Iman Wan

Iman mengakui dia mahu semua video-video yang dikongsi tersebar supaya mesej tentang kesedaran golongan autistik ini dapat disampaikan kepada orang ramai. Tambahnya, ia juga merupakan cara bagaimana mereka mendapat peluang yang lebih besar kerja mendatang.

Namun dia menegaskan bahawa dia tidak sama sekali menggunakan anaknya itu untuk kepentingan diri sendiri.

“Jana pendapatan dari platform kami tidak bermaksud saya exploitasi anak lelaki saya. Kamu boleh persoalkan hantaran saya sebab saya masih ada tanggungjawab untuk memikirkan tentang privasi Adam dan maruah orang lain yang terlibat.

“Tapi apa yang menyakitkan apabila orang lihat beberapa video dan buat kesimpulan yang mereka tahu motif saya atau hubungan saya dengan anak.

“Kamu tak perlu suka konten kami atau bersetuju dengan semua yang saya buat. Tetapi terus label saya sebagai bapa yang mengeksploitasi anak lelaki sendiri untuk kepentingan diri, itu menyakitkan,” luahnya.

‘Bukan Soal Entitlement Tetapi Tanggungjawab Saya Sebagai Ayah Adam’ – Iman Wan

Jelasnya, dia mahu Adam hidup dalam masyarakat yang saling memahami dan mempunyai sifat empati serta kurangkan penilaian (judgement) antara satu sama lain.

“Bila video atau kolaborasi tamat, tanggungjawab saya terhadap Adam diteruskan. Saya perlu tanggungnya hari ini dan membuat persiapan sebaik boleh untuk hari di mana dia masih perlukan penjagaan dan saya tiada lagi di sini.

“Satu hari nanti, kamu mungkin tidak akan nampak lagi Adam di akaun ni tapi dia masih memerlukan penjagaan, empati dan layanan yang baik. Ini bukan soal entitlement (rasa berhak) tapi ni matlamat saya sebagai bapanya,” kata Iman di akhir perkongsian.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila Iman mendakwa ‘wanita baju merah’ telah menghalang keluaganya makan di kedai makan Macha & Co di the Curve, Mutiara Damansara. Ini kerana syarikat wanita berkenaan telah menempah keseluruhan restoran untuk sebuah majlis peribadi.

Kedua-duanya telah tampil memberikan penjelasan dari pihak masing-masing sehingga berlaku perdebatan dalam kalangan netizen.

Wanita berbaju merah dikenali sebagai Farah Fatini kemudiannya memaklumkan sudah membuat laporan polis malah menegaskan akan meneruskan tindakan menghantar LOD kepada keluarga Iman termasuklah netizen dan selebriti yang sebelum ini menurutnya telah menuduh secara melulu tanpa menyiasat perkara sebenar.

Susulan itu, wanita berkenaan termasuk keluarga Iman sendiri telah mendapat kecaman dan kritikan ramai malah ada yang mendakwa Iman mempergunakan anaknya demi konten semata-mata.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Respon Iman Wan Selepas ‘Wanita Baju Merah’ Nafi Pihaknya Tidak Benarkan Adam’s Autism Family Makan Di Restoran [Video]

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved