Dilancar: Negara Sebelah Dah Dapat Denza D9, Malaysia Dapat Tahun Depan

LocalCars
4 Nov 2024 • 1:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sub-jenama mewah BYD, MPV elektrik, Denza D9 secara rasminya sudah dilancarkan di pasaran Thailand, pada minggu lepas.

Untuk pasaran Thailand, MPV elektrik itu didatangkan dalam dua varian iaitu, Premium manakal varian tertinggi ialah Performance AWD.

Varian Premium disumbat dengan satu motor elektrik di depan dimana ia mampu menjana kuasa setakat 308 hp (230 kW) dan 360 Nm. Varian ini mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 9.5 saat.

Ia yang menggunakan bateri jenis bateri lithium iron phosphate (LFP) berkapasiti 103.36-kWh mampu melakukan perjalanan sejauh 620 kilometer (km).

image is not available

Sementara itu, varian tertinggi D9 Perdormance AWD pula dilengkapi dengan dua motor elektrik AWD dimana varian ini boleh menghasilkan kuasa setakat 369 hp (275 kW) dan tork 470 Nm.

Ia yang menggunakan bateri yang sama dengan Premium dilaporkan boleh memecut lebih berbanding varian asas iaitu sepantas 6.9 saat dan boleh bergerak sejauh 600 km dengan hanya sekali cas.

Dari segi dimensi, Denza D9 berukuran 5,250 mm (panjang0, 1,960 mm (lebar), 1,920 mm (tinggi) manakala jarak roda pula 3,110 mm.

image is not available

Ini bermakna MPV D9 ini mempunyai saiz yang sama dengan beberapa MPV mewah yang lain seperti Zeekr 009 dan Maxus Mifa 9

Di Thailand, Denza D9dijual pada harga (RM258,000 untuk varian Premium manakala varian tertinggi pula berharga RM349,000.

image is not available

Penghantaran Denza D9 akan bermula pada awal tahun ini manakala Denza Thailand merancang untuk membuka lima bilik pameran dan menubuhkan 10 outlet jualan selewat-lewatnya pada tahun ini.

Selepas Hong Kong, Kemboja dan Singapura, Thailand menjadi pasaran keempat di Asia Pasifik yang melancarkan secara rasminya jenama Denza.

image is not available

Susulan itu, BYD Cars Malaysia juga sudah mengesahkan jenama Denza D9 akan menembusi Malaysia pada tahun depan.