MPV Elektrik Zeekr Mix Kini Di Pasaran China – Cas Sepantas 10.5 Minit! Lebih 700 KM!

TechnologyCars
25 Oct 2024 • 10:20 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

MPV elektrik yang canggih, Zeekr Mix, telah dilancarkan secara rasmi di China minggu ini. Model ini ditawarkan di pasaran tersebut pada harga yang bermula daripada RMB279,900 (~RM171,227).

MPV dengan tiga pintu gelangsar dan ruang kabin yang luas ini menawarkan susunan tempat duduk yang fleksibel menjadikannya sesuai untuk pelbagai kegunaan dan situasi.

Dengan ukuran panjang 4,699 mm, lebar 1,995 mm, ketinggian 1,775 mm dan jarak roda 3,008 mm, Zeekr Mix memiliki saiz yang hampir sama dengan Nissan Serena generasi terbaru. Ia dibina atas platform Geely SEA, sama seperti model Zeekr X dan 009.

Rekaan Futuristik dan Sistem Pencahayaan Unik

image is not availableimage is not availableimage is not available

Zeekr Mix tampil futuristik dengan reka bentuk yang boleh dikatakan agak unik berbanding MPV lain, sama ada ICE atau EV yang pernah dihasilkan sebelum ini. Dari sudut depan, dapat dilihat penggunaan bar lampu ‘Stargate’ yang terdiri daripada 1,960 lampu LED. Teknologi cahaya ini membolehkan pemandu menetapkan pencahayaan yang diinginkan termasuk memaparkan mesej.

Pintu Gelangsar yang Unik

image is not available

Antara yang menarik pada Zeekr Mix adalah ciri tiga pintu gelangsar. Pintu-pintu ini tidak menggunakan trek pintu gelangsar seperti MPV biasa kerana dipasangkan dengan engsel cantilever besar, menjadikannya model MPV pertama di dunia dengan rekaan tersebut.

Selain itu, ketiadaan tiang B memudahkan penumpang untuk masuk dan keluar dari kabin, dengan sokongan daripada tiang kembar pada setiap sisi pintu yang kukuh hasil penggunaan keluli 2,000 mPa.

Kabin Luas yang Sarat dengan Teknologi

image is not available

Bergerak ke bahagian dalam Zeekr Mix, salah satu ciri uniknya adalah kedudukan kotak simpanan barang di bahagian atas dashboard dan beg udara yang dipasang di bumbung, memberikan lebih ruang kaki kepada penumpang depan. Di tengah terdapat skrin infotainmen terapung 15 inci yang boleh diputar sama ada ke arah pemandu atau penumpang, bersama panel instrumen digital melengkung 13 inci.

image is not available

Di antara kerusi depan terdapat konsol dengan kotak penyimpan, ruang sandaran tangan dan peti sejuk. Ya, ada peti sejuk, yang boleh digerakkan ke depan atau belakang sehingga 790 mm. Konsol ini juga mempunyai tempat untuk memasang meja, pemegang cawan atau tilam jenis inflatable apabila kerusi depan dilipat rata.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Keselesaan penumpang belakang tidak diabaikan kerana diberikan tempat duduk yang boleh dilaraskan secara automatik dan hadir dengan sistem pemanasan, pengudaraan dan urutan. Selain itu, ia turut didatangkan dengan perehat kaki Ottoman.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Tempat duduk depan juga boleh diputarkan kepada 180 darjah untuk menghadap penumpang belakang, atau 90 darjah untuk menghadap keluar, atau ditolak ke depan untuk meluaskan ruang lantai.

Trenkuasa EV Zeekr Mix

image is not availableimage is not available

Zeekr Mix dilengkapi motor elektrik belakang dengan kuasa 421 ps (310 KW) dan tork 440 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.8 saat. Dua pilihan bateri ditawarkan iaitu pek bateri LFP 76 kWj dengan jarak 550 km dan bateri NMC 102 kWj dengan jarak 702 km berdasarkan penilaian CLTC.

Platform SEA-M yang menggunakan senibina elektrikal yang mampu menampung 800 volt menyokong teknologi pengecasan pantas “5.5DC” Geely, yang membolehkan pengecasan 10-80% dalam masa hanya 10.5 minit hingga 15 minit.

Zeekr Mix juga boleh membekalkan kuasa sehingga 60 kW untuk mengecas kenderaan elektrik lain, V2L (kenderaan ke beban) namun pada output sederhana, 3.3 kW.

image is not available

Untuk ciri bantuan pemandu (ADAS), Zeekr Mix dilengkapi sensor lidar yang berfungsi bersama-sama dengan pemproses Nvidia Drive Orin-X. Pakej ini turut menyokong pilihan pakej Navigation Zeekr Pilot (NZP) untuk pemanduan bebas tangan di lebuh raya dan, pada masa akan datang, di jalan raya untuk kawasan bandar melalui kemas kini over-the-air (OTA).

Harga dan Varian Zeekr Mix di Pasaran China

Zeekr Mix kini boleh ditempah di China dengan harga RMB279,900 (kira-kira RM171,227) untuk varian bateri 76 kWj, dan RMB299,900 (kira-kira RM183,439) untuk varian dengan bateri berkapasiti lebih tinggi, 102 kWj.

image is not available