Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura

LocalCars
9 Jul 2026 • 2:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura

Image-1-(11).jpg

Selepas mengegarkan pasaran tempatan, PROTON melalui pengedarnya, VINCAR Group, PROTON secara rasmi melancarkan Proton e.MAS 5 di Singapura pada harga SG$158,988 (RM501, 815), baru-baru ini.

Kejayaan memperluaskan rangkaian Proton e.MAS di negara tersebut membuktikan keupayaan PROTON yang semakin kukuh untuk bersaing dalam pasaran yang mempunyai pengguna berpengetahuan tinggi serta ekosistem EV yang matang.

Image-2-(4).jpg

Pembeli Proton e.MAS 5 di Singapura turut menikmati pelbagai manfaat pemilikan termasuk kredit pengecasan, manfaat pemilikan bernilai S$5,000, pembiayaan tanpa bayaran pendahuluan, jaminan bateri selama 10 tahun, jaminan rentas sempadan serta perkhidmatan perayauan data Malaysia-Singapura secara percuma.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton International Corporation, Edmund Lim Meng Thong berkata, pengembangan barisan model Proton e.MAS di Singapura membuktikan komitmen PROTON untuk terus cemerlang dalam perjalanan eksport syarikat.

Image-5-(4).jpg

" Proton e.MAS 5 diperkenal susulan sambutan yang amat menggalakkan terhadap Proton e.MAS 7 sekali gus mencerminkan komitmen jangka panjang kami untuk terus meningkatkan jumlah eksport bagi mencapai sasaran," katanya.

Kehadiran Proton e.MAS 5 di Singapura meneruskan kejayaan model yang telah menerima pengiktirafan meluas di peringkat antarabangsa. Selain model Geely, model ini telah mencatat jualan terkumpul melebihi 610,000 unit di seluruh dunia, sekali gus mencerminkan penerimaan yang amat positif dalam pelbagai pasaran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved