Dilanggar Pemandu Mabuk, Wanita Meninggal Dunia Lepas 7 Hari Bertarung Nyawa Di Hospital

Entertainment
17 Aug 2025 • 3:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang wanita berusia 41 tahun dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Tawau, Sabah pagi tadi selepas tujuh hari mangsa bertarung nyawa di ICU hospital tersebut.

Wanita itu yang dikenali sebagai Darna Tajudin itu telah dirawat di hospital selepas menjadi mangsa kemalangan akibat dirempuh oleh seorang pemandu yang disyaki mabuk, lapor Harian Metro.

Mangsa telah dirempuh oleh pemandu tersebut ketika sedang berjoging bersama beberapa orang temannya ketika jam 7.55 malam pada 10 Ogos lalu.

image is not available

Mangsa yang merupakan seorang ibu dan meninggalkan lima orang anak itu difahamkan telah meninggal dunia akibat mati otak atau brain death akibat kecederaan yang dialami dalam kemalangan tersebut.

Menurut siasatan awal pihak polis, kemalangan melibatkan wanita itu berlaku berpunca dari pemandu Toyota Hilux yang melanggar bahagian belakang kereta Alza.

Susulan itu, kereta Hilux itu kemudiannya terbabas ke bahu jalan sebelum melanggar mangsa yang sedang berjoging.

Sumber: Harian Metro

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.