Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah

15 Feb 2026 • 12:13 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah

Hospital Pasir Gudang memaklumkan bahawa dua keping sijil cuti sakit kerajaan telah dilaporkan hilang.

Menurut hantaran Hospital Pasir Gudang di Facebook, sijil cuti sakit berkenaan adalah di bawah rujukan Perubatan 9- Pin.15/93 dengan nombor siri BG203133 dan BG203150.

Sehubungan itu, pihak hospital menegaskan bahawa sijil cuti sakit kerajaan yang menggunakan nombor siri tersebut adalah tidak sah dan tidak boleh digunakan.

Orang ramai atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan perkara ini diminta untuk mengambil maklum dan memastikan nombor siri berkenaan tidak digunakan bagi sebarang urusan rasmi.

image is not available
Baca juga: