Dilapor Sertai Syarikat Abang, Profil Jisoo BLACKPINK Dibuang Dari Laman Sesawang YG

Music
4 Jan 2024 • 11:02 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Peminat terkejut selepas menyedari bahawa profil Ji-soo di kalangan pelakon YG telah dibuang.

Baru-baru ini, media telah melaporkan bahawa Ji-soo BLACKPINK akan menandatangani kontrak individu bersama dengan syarikat Biomom, yang diuruskan oleh abangnya Kim Jung-hun.

Ianya kerana sehari sebelum itu, syarikat tersebut telah mengumumkan pengambilan kakitangan berpengalaman untuk anak syarikatnya yang bernama Blissoo.

Perkara ini sekaligus telah meningkatkan lagi spekulasi bahawa Ji-soo akan bernaung di bawah syarikat milik abangnya.

Dalam masa yang sama, sejurus selepas berita itu tular, peminat mendapati bahawa YG Entertainment telah membuang profil Ji-soo dari kalangan pelakon YG di laman sesawang mereka.

image is not available

Terlebih dahulu, profil ahli BLACKPINK itu telah ditambah selepas dia muncul sebagai watak utama di dalam drama “Snowdrop”.

Disebabkan ini, timbul spekulasi yang mengatakan bahawa aktiviti lakonan Ji-soo tidak lagi akan diuruskan oleh syarikat tersebut.

Malah, ada juga yang mengatakan bahawa ahli BLACKPINK tersebut bakal menjadi artis serta pengarah di syarikat Blissoo milik abangnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.