Dilaporkan Hilang Pada Jumaat, Kanak-kanak 10 Tahun Ditemukan Selamat Sedang Bermain Dengan Rakan

LocalFamily & Parenting
8 Sep 2024 • 12:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun telah dilaporkan hilang pada Jumaat lalu setelah dia kali terakhir dilihat berada di Masjid Madrasah Tahfiz Al-Quran Al Walid, Bukit Beruntung.

Kanak-kanak tersebut, Mohammed Ahil Sekh walau bagaimanapun akhirnya telah selamat ditemukan di Bukit Beruntung semalam sekitar jam 7.15 malam.

image is not available

Mohammed Ahil telah ditemui oleh pemilik Madrasah Tahfiz Al-Quran Al Walid dan ketika ditemui, kanak-kanak itu sedang bermain dengan rakan-rakan di hadapan sebuah rumah di sebuah lorong taman perumahan.

Kanak-kanak lelaki itu yang dijumpai dalam keadaan selamat kemudiannya telah diserahkan kepada keluarganya.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.