“Dilarang muat naik apa-apa di media sosial” – Mahkamah Larang Ira Kazar Ganggu Puteri Sarah

Entertainment
4 Jul 2022 • 4:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kemelut antara pelakon Puteri Sarah dan anak pelakon tempatan Ira Kazar menjadi semakin tegang apabila mahkamah telah mengeluarkan perintah supaya Ira Kazar tidak mengganggu isteri kepada pengarah tersohor, Syamsul Yusof.

Dalam laporan Harian Metro, peguam yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu mahkamah mengekalkan perintah interim injuksi termasuk defendan (Ira Kazar) serta pihak berkaitan diperintah berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa saja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah dalam media sosial sehingga kes perbicaraan penuh.

image is not available

“Pihak defendan tidak membantah dan perintah interim injuksi itu dikekalkan mahkamah. Sebelum ini plaintif sudah mendapatkan perintah interim injuksi dan permohonan itu sudah dihantar kepada defendan pada 28 Jun lalu dan sudah diterimanya,” katanya.

Selain itu, Hakim Mahkamah Sesyen Rofiah Mohamad berkata, mahkamah sudah arahkan pihak defendan (Ira Kazar) untuk memasukkan pembelaan dalam tempoh sebulan dan mahkamah telah menetapkan tarik 23 Ogos ini untuk pengurusan kes seterusnya.

Sebelum ini, Puteri Sarah telah mendapatkan perintah injunksi interim dan permohonan tersebut telah dihantar kepada Ira Kazar 28 Jun lepas.

Harap selesai cepatlah perkara ini…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved