
Memang tidak dapat dinafikan kawasan ibu kota tersedia dengan peluang pekerjaan yang lebih tinggi berbanding di kawasan pedalaman. Oleh disebabkan itu, ramai individu mahu mengembangkan kerjaya mereka dengan bekerja di kawasan bandar utama, terutamanya di Kuala Lumpur serta Selangor.
Sehingga ramai juga yang sanggup berkorban iaitu berjauhan dengan ahli keluarga bagi mencapai cita-cita.
Bagaimanapun, ada yang hanya indah khabar dari rupa. Dalam setiap keputusan diambil pasti ada terselit pros dan cons tersendiri.
Ramai Pekerja Burn Out Hadap Trafik Sesak
Antara contoh utama yang dilalui ramai pada ketika ini adalah masalah pengangkutan ke tempat kerja. Hal ini kerana trafik sesak yang berpanjangan khususnya pada waktu puncak (peak hours) boleh menyebabkan pemandu tertekan. Belum sampai ke pejabat lagi dah terasa burn out.
Perkara itu kemudiannya boleh mengganggu emosi para pekerja sewaktu bertugas. Bukan sahaja perlu menghadap trafik sesak itu pada waktu pagi, malah mungkin lebih teruk pada waktu petang.
Caj Parking Di Sekitar Ibu Kota ‘Mahal Nak Mampuih’
Namun itu bukan satu-satunya masalah dilalui buat mereka yang membawa kenderaan. Dakwa seorang lelaki, caj parkir yang dikenakan di KLCC Park sudah pun naik harga bagi early bird iaitu dari RM10 ke RM15 sehari.
Perkara itu menyebabkan dirinya enggan membawa kereta ke tempat kerja.
“Pergi kerja nak naik kereta sebab nak bawa barang terus tak jadi. Yang pelik tu parkir sekeliling pun dengar cerita turut sama naik. Siapa boleh sahkan?”
Dakwanya kebanyakan barangan di KL kini semakin mahal termasuk harga bagi jualan kuih muih.
View on Threads
Pengangkutan Awam Kadangkala Tergendala Tanpa Beri Sebarang Notis
Antara pilihan lain yang ada untuk menuju ke tempat kerja adalah dengan menaiki pengangkutan awam dan antara yang popular adalah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Light Transit Rail (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) khususnya buat mereka yang tinggal sekitar Lembah Klang.
Pengangkutan ini kononnya bagi memudahkan dan mengurangkan masa perjalanan pengguna memandangkan ia tidak melibatkan pertembungan dengan jalan raya yang sesak. Bagaimanapun kes pengangkutan tren yang kerap mengalami kelewatan dilaporkan selalu berlaku terutamanya melibatkan KTMB.
Mengikut pengalaman penulis sendiri, tren KTMB menuju ke arah Selatan selalu mengalami kelewatan waktu berlepas dan ketibaan atau tren berhenti secara tiba-tiba sewaktu dalam perjalanan.
Walaupun segelintir waktu penumpang diberitahu tentang punca kelewatan, namun ada masanya para penumpang hanya dibiarkan menunggu begitu sahaja tanpa sebarang notis.
Malah sebelum ini LRT dan MRT (kes terpencil) juga ada berdepan dengan gangguan perkhidmatan akibat kerosakan sehingga menyebabkan ramai penumpang terkandas.
View on Threads
Penumpang Penat Mental Terpaksa Duduk Lama Dalam Tren
Keadaan yang berlaku ini bukan sahaja memenatkan fizikal malah memberi kesan kepada emosi kerana terpaksa menunggu dalam tempoh masa yang lama.
Jika penumpang bernasib baik, dapatlah mereka duduk di tempat disediakan. Jika tidak, terpaksa berdiri sepanjang perjalanan yang mencecah hampir dua jam.
Selain itu, seorang wanita sebelum turut bertanya kepada orang ramai tentang pilihan pengangkutan yang paling efisien iaitu sama ada memandu dalam trafik sesak atau pengangkutan awam.
View on Threads
Kedua-dua Jenis Pengangkutan Ada Kebaikan & Keburukan
Orang ramai memberikan pelbagai reaksi tentang isu yang dibangkitkan ini.
“Memandu ke tempat kerja ambil masa 20 minit. Naik pengangkutan awam dalam masa satu jam. Sudah tentu memandu lebih cepat tapi dari segi kos saya tak boleh tanggung termasuklah tol, parkir dan duit minyak.
“Untuk saya kalau dapat tempat duduk dalam pengangkutan awam saya boleh rileks. Kalau tak ada tempat duduk, jadi saya anggap ia sebagai salah satu senaman. Tak best bila pengangkutan awam bermasalah,” kata seorang wanita.
Ada Yang Lebih Selesa Memandu Ke Tempat Kerja
Sementara itu, ramai juga berpendapat bahawa memandu sendiri ke pejabat adalah pilihan yang lebih baik.
“Naik pengangkutan awam ke kerja selama dua tahun. Sekarang dan dua tahun juga memandu. Saya lagi rela hadap jammed dalam kereta dari bersesak ramai orang naik pengangkutan awam. Tapi itulah banyak korban duit selepas pilih untuk memandu ni.
“Sama ada korban duit dengan memandu atau korban masa naik pengangkutan awam,” jelas seorang pengguna Threads.
Tidak kurang juga ada yang mencadangkan menjadikan motosikal sebagai pengangkutan utama namun ianya agak berisiko kerana lebih terdedah kepada bahaya ketika berada di atas jalan raya.
Berikut antara komen-komen netizen:





Baca Artikel Berkaitan: “Stuck Sebab 2 Bonggol Je” – Trafik Sesak Hadapan IOI City Mall Putrajaya Undang Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: Berbaloi Ke Hadap Trafik Berbelas Jam Semata-mata Nak Balik Raya Di Kampung?
Baca Artikel Berkaitan: “Nak Nangis Tiap Hari Macam Ni” – Orang Ramai Luah Rasa Penat Hadap Trafik Di Bandar KL & Selangor




