Dimasukkan ke hospital, rakan2 bergurau beri Khairul Aming belon ‘gender reveal’

LocalEntertainment
9 Dec 2024 • 9:58 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Dimasukkan ke hospital

Pempengaruh, Khairul Aming dimasukkan ke hospital susulan masih belum sihat selepas misi bantuan banjir di Kelantan tempoh hari.

Perkara itu diketahui susulan tular video Khairul Aming (KA) terbaring di klinik bagi mendapatkan rawatan dengan tangan dipasangkan tiup perubatan.

@kemeyyhakim

Selamat berpantang KA

♬ Buah Hati - Armada

Khairul Aming dimasukkan ke hospital

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian terbaru rakannya, Kemeyyhakim di TikTok, mereka dilihat bergurau dengan pempengaruh itu apabila membawakan belon yang biasa digunakan sewaktu gender reveal sewaktu melawat (KA) di wad.

image is not available

Dimasukkan ke hospital, rakan2 seloroh macam gender reveal

Dalam video tersebut juga, dia turut menyertakan latar belakang muzik seperti yang sering digunakan netizen di TikTok jika mahu mengumumkan tentang berita kehamilan.

Paling menghiburkan sudah tentu kapsyen yang disertakan apabila mengucapkan selamat berpantang buat pempengaruh dan juga usahawan terkenal itu.

“Selamat berpantang KA,” tulisnya.

Semalam tengok KA gender reveal dekat live, harini dah keluar pula

Perkongsian tersebut telah mendapat respon ramai apabila masing-masing terhibur dengan gurauan tersebut walaupun KA berada dalam keadaan kurang sihat.

Namun begitu, mereka tetap mendoakan agar pempengaruh berkenaan segera diberi kesembuhan walaupun melihatnya semakin sihat susulan sudah membuka laptop serta telefon ketika duduk di katil wad.

image is not available

Semoga semua team berada dalam keadaan sihat

image is not available

Tak tahu nak sedih ke nak happy

image is not available

Kena berpantang la nampaknya

image is not available

Difahamkan, Khairul Aming kembali dikejarkan ke hospital selepas tiada tanda-tanda pemulihan selepas menerima rawatan di sebuah klinik swasta sebelum ini.

Memetik laporan dari Astro Awani, simptom-simptom yang dialami selepas pulang dari misi bantuan banjir di Kelantan nampaknya semakin berlarutan dan memerlukan rawatan lanjut.

Semoga Khairul Aming segera diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan.