Khairul Aming minta buat laporan polis jika wujud AJK catu barang bantuan diberi

LocalPolitics
3 Dec 2024 • 4:28 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh, Khairul Aming minta buat laporan polis jika wujud Ahli Jawatankuasa (AJK) catu barang bantuan yang diberi susulan tularnya dakwaan terdapat penghulu yang mengasingkan barangan yang diperoleh daripada usahawan terbabit.

Menerusi siaran langsung Khairul Aming di TikTok, dia menyatakan tidak dapat masuk campur berkenaan isu tersebut kerana tidak mengetahui kesahihan perkara itu.

image is not available

Khairul Aming minta buat laporan polis jika benar ada kejadian tersebut

Jadi, Khairul Aming minta buat laporan polis jika mangsa-mangsa banjir merasakan ada keculasan dalam pengagihan barangan bantuan yang dilakukan pihak pengurusansupaya masalah terbabit dapat diselesaikan.

Khairul Aming minta buat laporan polis, tak dapat masuk campur hal itu

Ujarnya, dia enggan melibatkan diri dan tidak membenarkan teamnya ikut serta dalam permasalahan terbabit kerana tidak mahu mengundang fitnah kerana kekurangan bukti serta maklumat yang sahih berkenaan tuduhan yang dibuat di media sosial.

Jelasnya, sebelum ini ada seorang AJK wanita menangis menemuinya apabila dituduh menyorokkan barang sedangkan dia sama sekali tidak melakukan perkara itu.

“Macam contoh semalam dekat PPS tu, akak AJK tu sampai menangis dia kata orang fitnah dia sorok barang. Dia kata, dia dengan anak dia sendiri pun tak cukup barang nak makan.

“So sekali lagi, KA tak nak masuk campur dan tak benarkan pasukan saya masuk campur isu sebab the only info kita ada, kita drop dan kita gerak. Itu sahaja,” katanya.

image is not available

Tular dakwaan tok penghulu sorok bantuan

Susulan daripada itu, dia meminta maaf kerana tidak memberi fokus kepada isu terbabit memandangkan sedang sibuk menguruskan misi bantuan untuk mangsa-mangsa banjir terutama di Kelantan.

image is not available

Terdahulu, tular di media sosial apabila ada dakwaan mengatakan penghulu di kawasan terbabit telah mengasingkan dan mencatu bantuan yang diberikan oleh pihak Khairul Aming di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Tumpat.

Perkara itu sudah tentu mengundang kemarahan orang ramai kerana merasakan penghulu terbabit menggunakan kuasa dengan sesuka hati tanpa memikirkan kebajikan mangsa banjir yang sangat memerlukan ketika ini.