Dina Nadzir Suka Cantik-Cantik Untuk Elak Kemurungan

25 Jan 2025 • 3:45 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pernah berdepan tekanan perasaan melampau dan hilang keyakinan diri pada tahun lalu, penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir nekad mengubah gaya hidupnya.

Ia termasuk mengubah penampilan dirinya.
 
 Dina atau nama sebenar, Faradina Mohd Nadzir, 39, berkata, itu antara yang dilakukannya demi mengembalikan keyakinan diri selain membantu dirinya menjadi lebih ceria.
 
"Saya memang mengamalkan diet. Sejak saya diet saya perasan saya lebih jadi yakin dan semangat dan saya suka pakai cantik-cantik.
 
"Tubuh badan saya juga rasa ringan berbanding sebelum ini.

 
"Sebab itu saya perlu jaga makan," katanya kepada Gempak di Majlis Tagline Baharu SINAR 'Muzik Retro Terbaik pada Khamis.

 
Menurut rekod, kali pertama Dina diserang kemurungan adalah tahun lalu, di mana, ketika itu dia dikatakan menangis tanpa sebab apabila bangun dari tidur.
 
"Waktu itu saya ingat lagi. Saya rasa tidak mahu pergi kerja. Macam malas je.

 
"Selepas itu, Mac lalu, perkara sama terjadi lagi. Namun, ketika itu saya sudah mulakan diet, termasuk dalam bulan puasa. Saya fikir diri ini tidak berapa baik. Jadi, saya potong rambut.

 
"Apa yang saya tidak suka adalah penampilan sendiri. Jadi, perkara paling cepat untuk dibuat adalah potong rambut. Sejak itu, saya lebih ambil berat mengenai pemakaian. Lama-kelamaan, saya rasa semakin baik," katanya  .
 
Dina yang juga penyampai Sinar FM berkata, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram (kg) sejak mengamalkan diet.
 
Malah, dengan cara itu, Dina mengaku lebih mudah untuknya menyertai pelbagai aktiviti bersama rakan seperti mendaki dan menyelam.
 
 


 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved