Dinobat Sugarbun Paling ‘Nyaman’ Di Sarawak, Sugarbun Sarikei Jadi Kegilaan Warga Tempatan

23 Feb 2023 • 1:19 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sugarbun port wajib singgah di Sarikei

Dinobat Sugarbun Paling ‘Nyaman’ Di Sarawak, Sugarbun Sarikei Jadi Kegilaan Warga Tempatan. Sugarbun merupakan salah satu rangkaian restoran makanan segera yang popular di Sarawak. Sugarbun terkenal dengan hidangan seperti burger, ayam goreng, dan set Best Borneo Asian Food yang merangkumi asam pedas, ayam cendawan dan banyak lagi. Semestinya, menunya memang lazat serta wajib dicuba dan berbaloi dengan harganya.

Namun, di antara semua cawangan Sugarbun di Sarawak, Sugarbun Sarikei kini mendapat pengiktirafan sebagai Sugarbun paling sedap di Sarawak oleh warga Sarawak sendiri. Daripada 80 cawangan seluruh Malaysia, Sugarbun Sarikei dilihat sebagai cawangan terbaik dari segi rasa dan kualiti.

image is not available
Dinobat Sugarbun Paling ‘Nyaman’ Di Sarawak, Sugarbun Sarikei Jadi Kegilaan Warga Tempatan. Kredit: Der Tiramisu

Siap ada yang sanggup ke Sarikei!

Kesedapan hidangan Sugarbun Sarikei sangat terkenal di kalangan penduduk setempat dan pelanggan yang datang dari luar bandar. Malah, ada yang sanggup datang ke Sarikei semata-mata mahu menikmati hidangan daripada Sugarbun ini.

image is not available

Hidangan yang paling popular di SugarBun Sarikei adalah burger yang terkenal dengan rasa yang kaya dan lemak yang melimpah. Selain itu, ayam goreng Sugarbun Sarikei juga menjadi pilihan paling popular bagi mereka yang suka hidangan segera yang enak.

Sugarbun Sarikei paling di ‘rekomen’ warga Sarawak

Pengguna sosial media di Sarawak turut memberikan ulasan positif mengenai Sugarbun Sarikei dan tidak hairanlah apabila ia mendapat pengiktirafan sebagai Sugarbun paling sedap di Sarawak. Selain dari rasa yang lazat, Sugarbun Sarikei turut mengekalkan harga yang berpatutan dan membolehkan pelanggan menikmati hidangan yang berkualiti tanpa perlu membayar harga yang mahal berbanding dengan restoran makanan segera yang lain.

image is not available

Kejayaan Sugarbun Sarikei menunjukkan bahawa restoran makanan segera juga boleh menjadi tempat makan yang memuaskan hati dan lidah. Ia membuktikan bahawa rasa dan kualiti yang baik tidak semestinya memerlukan harga yang tinggi.

Lagi tempat makan menarik: