Siap Ada Menu Talam, Anda Perlu Cuba Burger Homemade Padu Di Grasso Burger Joint Miri Ini

23 Feb 2023 • 12:50 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Burger Cheezzy Mozzarella di sini memang terbaik!

Siap Ada Menu Talam, Anda Perlu Cuba Burger Homemade Padu Di Grasso Burger Joint Miri Ini. Jika anda singgah ke Miri, anda perlu cuba burger homemade kegemaran penduduk tempatan di sini iaitu Grasso Burger Joint yang terletak di perumahan Lot 621, Piasau Jaya Phase 1, Jalan Dato Muip, Miri.

Walaupun hanya pondok kecil yang terletak di kawasan perumahan, kedai makan ini telah menempa namanya di kalangan penduduk tempatan kerana mereka menyediakan menu yang lazat dengan harga berpatutan.

image is not available
Siap Ada Menu Talam, Anda Perlu Cuba Burger Homemade Padu Di Grasso Burger Joint Miri Ini. Sumber foto: FB Grasso Burger Joint

image is not available
Sumber foto: FB Grasso Burger Joint

Ada menu set talam dan menu ala carte western

Bukan sekadar burger, ada banyak lagi menu ala carte makanan barat serta menu set talam yang disediakan di sini seperti Set Talam Temahak, Spaghetti with Lamb Chop, Spaghetti with Meatball, Chicken Chop, Korean Wings, Mac & Cheese, Cheesy Mozzarella Fries, Chilli G Fries dan banyak lagi.

Untuk menu Burgernya pula, anda mesti cuba Cheezy Mozzarella, G’Mac & Cheese, Double Patty, Spicy Hawau dan semestinya Korean Fried Burger. Menggunakan patty homemade, Grasso Burger Joint hanya menyediakan makanan yang terbaik sahaja buat pelanggan mereka.

image is not available
Sumber foto: FB Grasso Burger Joint

image is not available
Sumber foto: FB Grasso Burger Joint

Waktu beroperasi

Beroperasi setiap hari dari jam 4 petang hingga 10 malam, Grasso Burger Joint ada menyediakan meja dan tempat duduk yang selesa untuk para pelanggan. Boleh lah anda lepak sambil menikmati burger padu di sini.

Jadi tunggu apa lagi, jom makan menu lazat yang disediakan di sini.

Lagi port makan best di Miri yang anda perlu cuba di sini: