Dinobatkan Sebagai EISA Best Buy Smartphone 2021-2024, Ini Empat Sebab Mengapa HONOR 90 Terus Unggul!

6 Sep 2023 • 11:26 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Jenama peranti eletronik global terkenal, HONOR mengumumkan bahawa HONOR 90 telah memenangi anugerah Telefon Pintar Belian Terbaik 2023-2024 (EISA Best Buy Smartphone 2021-2024) daripada Persatuan Pengimejan dan Bunyi Pakar (EISA).

Menurut Anugerah EISA, HONOR 90 melebihi jangkaan tentang apa yang sepatutnya ditawarkan oleh telefon pintar pada titik harganya.

Walaupun berada dengan selesa di pasaran kelas pertengahan, namun ia mempunyai ciri yang biasa kita lihat dalam reka bentuk perdana antaranya skrin AMOLED 6.7 dalam 120Hz yang terang dan tajam.
image is not available

Kemudian terdapat juga persediaan tiga kamera dengan sensor utama 200MP untuk fotografi berkaliber tinggi serta bateri pengecasan pantas 5000mAh 66W.

Malah pemproses Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1 Accelerated Edition yang berfungsi di belakang tabir pula adalah untuk menjamin pengalaman penggunaan lancar dan stabil daripada sistem Magic OS 7.1 HONOR 90.

Selain itu kami juga kongsikan empat sebab utama kenapa HONOR 90 ini begitu istimewa:
 
1. Perlindungan mata dari cahaya skrin berlebihan
image is not available


Bila tengok skrin terlalu lama sudah pasti mata secara automatik akan terasa letih. Eh kadang-kadang tu boleh menyebabkan sakit kepala disebabkan cahaya dari skrin telefon yang terang tu. Risau juga takut memberikan kesan pada penglihatan nanti kan.

Jadi disebabkan itu juga HONOR 90 dilengkapi dengan teknologi pemalapan PWM frekuensi ultra tinggi 3840Hz yang diperakui bebas Flicker TÜV Rheinland dan mencapai tahap pemalapan bebas risiko.

Senang kata ia dapat mengurangkan, ketegangan mata, keletihan dan gejala lain yang boleh menyebabkan gangguan penglihatan pada mata.

Pastikan korang pilih HONOR 90 yang dilengkapi perlindungan mata Risk-Free Dimming Eye Protection ni tau.
 

2. Kamera super sensing 200MP dan kamera selfie super jelas 50MP
image is not available


HONOR 90 juga terkenal kerana mempunyai kamera terbaik di mana kamera utamanya dilengkapi 200MP Super Sensing dengan CMOS 1/1.4-inci dan teknologi piksel setara 16-dalam-1 yang mampu menangkap lebih banyak butiran dan menyekat sorotan dengan lebih baik dalam mod resolusi tinggi.

 
3. Bateri berkapasiti tinggi dan ciri HONOR SuperCharge
image is not available


HONOR 19 didatangkan bersama bateri 5,000mAh dengan berat 183g dan berkenipisan 7.8mm. Selain itu ia juga dilengkapu dengan ciri 66W HONOR SuperCharge yang mampu mengecas kepada 45% dalam masa 15 minit sahaja (bermula daripada 3%).

Jadi kepada korang yang stress sebab bateri cepat kurang tu, HONOR 90 adalah pilihan yang tepat tau. Bateri mantap!
 

4. Dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 7 Gen1 Accelerated Edition 5G Processor
image is not available


Oh lagi satu ciri yang mesti korang suka iaitu penggunaan kuasa rendah. Ha nak kalau nak tahu HONOR 90 ni akan buat korang senyum je sebab tak overheat kalau main atau rakam video lama-lama tau!

Ini kerana HONOR 90 ini didatangkan dengan Sistem Pemacu Penyejukan Semua zon dengan mengguna pakai VC biomimetik arteri yang sangat besar dengan kepingan grafit kekonduksian terma tinggi Gen 3 dan sistem pengurusan terma pintar AI pemandangan penuh.

Tujuannya adalah untuk memastikan HONOR 90 tidak mudah menjadi terlalu panas ya, menarik kan?

Selain itu, kelajuan processor CPU pada HONOR 90 ini adalah 2.5GHz, manakala prestasi GPU telah meningkat sebanyak 20% dan prestasi AI telah meningkat sebanyak 30% berbanding HONOR 70.

Nampak tak ciri-ciri best yang ada pada HONOR 90, jadi no wonderlah rangkul anugerah Best Buy smartphone guys!
image is not available

Harga? Eh jangan risau kerana HONOR 90 5G ini boleh didapati dengan harga yang kompetitif, bermula dari RM1799, korang boleh milikinya dengan storan 12GB+256GB,  12GB+ 512GB hanya untuk RM2099, sangat mesra bajet kan?

Jadi apa tunggu lagi? Jom dapatkan HONOR 90 hari ini juga tau.
 
Untuk maklumat lanjut, layari laman web HONOR.

 

View Original Article