Dipecat Secara ‘Constructive Dismissal’, Lelaki Ini Menang Pampasan RM514,836

LocalBusiness & Finance
7 Jul 2026 • 3:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Mahkamah Perusahaan mengarahkan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) membayar pampasan sebanyak RM514,836 kepada bekas pengurus kanannya, Adlin Shah Abdul Latiff, selepas memutuskan beliau menjadi mangsa pemecatan secara konstruktif (constructive dismissal).

Menurut laporan New Straits Times (NST), mahkamah mendapati Adlin tidak diberhentikan secara rasmi, sebaliknya dipinggirkan sehingga beliau tidak mempunyai pilihan selain meletakkan jawatan.

Advertisement

mdec

Adlin yang berkhidmat hampir 15 tahun di MDEC mendakwa dirinya mengalami gangguan berterusan, dipinggirkan serta kehilangan fungsi utama sebagai pengurus selepas syarikat memperkenalkan struktur pelaporan baharu pada Januari 2023.

Walaupun jawatan dan gajinya tidak berubah, semua kakitangan bawahannya diarahkan melapor terus kepada pengurus atasan, sekali gus menyebabkan beliau hilang tanggungjawab sebagai penyelia.

Dalam penghakimannya, Pengerusi Mahkamah Perusahaan, Andersen Ong berkata:

“Oleh sebab struktur pelaporan rata ini, fungsi pengurusan dan penyeliaan pihak menuntut telah dikurangkan dengan ketara. Beliau tidak lagi diamanahkan untuk mengurus, menyelia, membimbing atau memberi tunjuk ajar kepada bekas kakitangan bawahannya.

Pihak menuntut secara efektif telah dinafikan sebahagian besar daripada tanggungjawab pengurusan yang menjadi intipati utama jawatannya.”

Mahkamah turut menerima bukti bahawa Adlin disisihkan daripada mesyuarat penting, perbincangan jabatan serta komunikasi rasmi berkaitan tugasnya melalui e-mel dan kumpulan WhatsApp.

court

Selain itu, mahkamah turut mengkritik pengendalian Penilaian Prestasi Akhir Tahun (YPA) 2022 apabila sesi penilaian secara bersemuka yang diwajibkan syarikat didapati tidak pernah diadakan walaupun direkodkan sebagai telah selesai.

Mengulas perkara itu, Andersen berkata:

“Ini bukan sekadar satu ketinggalan prosedur (procedural omission), tetapi merupakan satu pengisytiharan palsu di dalam dokumen rasmi penilaian prestasi.”

Walaupun MDEC berhujah bahawa penstrukturan semula tersebut merupakan hak prerogatif pengurusan serta mendakwa telah menawarkan jawatan alternatif dan menyiasat aduan Adlin, mahkamah menolak alasan berkenaan.

“Syarikat telah gagal mengemukakan sebarang justifikasi yang nyata atau meyakinkan bagi perubahan struktur pelaporan tersebut untuk membuktikan bahawa ia adalah satu pelaksanaan prerogatif pengurusan yang berniat baik (bona fide),” tegas Ong.

Mahkamah memutuskan tindakan MDEC telah melanggar prinsip kepercayaan dan keyakinan bersama antara majikan dan pekerja.

Susulan itu, Adlin dianugerahkan pampasan keseluruhan sebanyak RM514,836, merangkumi RM343,224 sebagai gaji kebelakangan selama 24 bulan dan RM171,612 sebagai ganti rugi pemulihan jawatan.

Kes ini dilihat sebagai peringatan bahawa hak majikan untuk menyusun semula organisasi tidak boleh digunakan sehingga menjejaskan maruah, tanggungjawab serta hak seseorang pekerja.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Dipecat Secara ‘Constructive Dismissal’, Lelaki Ini Menang Pampasan RM514,8362026-07-07 12:07:19

"Suka Atau Tidak, Inilah Takdirnya" - Pelajar Ijazah Pengurusan Binaan Hidap Barah Reda Kaki & Tangan Terpaksa Dipotong

The post Dipecat Secara ‘Constructive Dismissal’, Lelaki Ini Menang Pampasan RM514,836 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved