Dipelawa Keluar Makan Malam, Remaja Perempuan Trauma Dirogol Rakan Lelaki Di Tangga

30 Sep 2023 • 3:34 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Seorang lelaki sanggup merogol rakan perempuannya sendiri selepas makan malam

Dipelawa Keluar Makan Malam, Remaja Perempuan Trauma Dirogol Rakan Lelaki Di Tangga. Seorang remaja perempuan trauma dirogol oleh rakannya sendiri di kawasan tangga pintu kecemasan di sebuah pangsapuri, Sungai Besi.

Dalam pada itu, kejadian dipercayai berlaku pada 18 September lalu  selepas mereka keluar makan bersama.

Sementara itu, difahamkan sebelum kejadian, mangsa dijemput rakan lelakinya yang berusia 18 tahun untuk makan di Desa Tasik. Kejadian kira-kira pukul 9.10 malam itu berlaku ketika mangsa dibawa ke sebuah pangsapuri.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: kosmo

Mangsa cuba larikan diri tetapi gagal

Memetik laporan, cubaan mangsa melarikan diri, namun gagal apabila suspek mengunci pintu kecemasan dan memperkosa mangsa.

“Mangsa kemudian dihantar pulang ke rumah dan diminta supaya tidak menceritakan kejadian terkutuk itu kepada sesiapa,” katanya menerusi sumber.

Mangsa trauma lalu menceritakan kepada rakannya sebelum ahli keluarganya

Selain itu, sumber melaporkan mangsa yang trauma memaklumkan kejadian tersebut kepada rakannya sebelum menceritakan kepada ahli keluarganya. Mangsa telah membuat laporan polis pada 21 September lalu.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: cari

Malah, menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan menyatakan bahawa susulan kejadian itu polis memberkas suspek bagi membantu siasatan. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Baca juga artikel yang berkaitan: