Dipenjara angkara ugut bunuh bapa

LocalPolitics
7 Aug 2025 • 1:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Seorang penganggur lelaki yang mengugut untuk membunuh bapanya dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu.

Azizan Azman Lee mengaku bersalah di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani atas pertuduhan melakukan kesalahan terhadap bapanya dengan mengeluarkan kata-kata “Aku selasing Daddy” pada 30 Julai tahun ini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Pegawai Pendakwa Inspektor Sitti Zubaeda M. Kasim memberitahu mahkamah bahawa pada hari kejadian, pengadu berada di rumah apabila berlaku pertengkaran dengan tertuduh yang juga anaknya.

Semasa pertengkaran itu, tertuduh mengugut mangsa dengan kata-kata terbabit sehingga menyebabkan mangsa berasa takut terhadap keselamatannya. Kejadian itu turut disaksikan oleh cucu-cucunya.

Tertuduh dikatakan naik berang kerana tidak berpuas hati setelah mengetahui gitar yang diberikan oleh bapanya telah dipinjamkan kepada cucu mangsa yang melanjutkan pelajaran ke Kota Kinabalu.

Siasatan turut mendedahkan bahawa tertuduh didapati positif methamphetamine dan amphetamine serta mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah dan dadah.

Dia ditangkap kira-kira jam 11 malam pada hari kejadian (30 Julai).

Mahkamah memerintahkannya menjalani hukuman penjaranya bermula dari tarikh dia ditangkap.