Dipenjara kerana simpan barang curi

19 Apr 2024 • 1:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jo Ann Mool

Kota Kinabalu: Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara 16 bulan terhadap seorang lelaki atas dua kesalahan berkaitan menyimpan barang curi.

Mohd Zaidi Behu mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie atas tuduhan melakukan jenayah itu.

Bagi pertuduhan pertama, Zaidi dipenjara lapan bulan kerana menyimpan motosikal curi kepunyaan Mohd Nazeerul pada 26 Dis 2023, jam 6.30 pagi, di belakang sebuah restoran di Asia City di sini.

Atas pertuduhan kedua, Zaidi turut dihukum penjara lapan bulan bersama seorang lagi kerana menyembunyikan sebuah lagi motosikal curi kepunyaan Darwis Dahrin di Kg Sendil, Putatan, pukul 1 petang, 28 Dis tahun lepas.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Mahkamah menjatuhkan hukuman itu terhadap Zaidi selepas meneliti laporan sosialnya yang dikemukakan oleh Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Zaidi, 19, diperintahkan menjalani hukuman penjara itu berturut-turut.

Pertuduhan pertama dikenakan ke atasnya mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara enam bulan dan lima tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua mengikut Seksyen 414 Kanun sama membawa hukuman penjara antara enam bulan dan tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam kes berasingan, seorang mekanik berusia 30 tahun didenda RM25 atau dua hari penjara kerana mengugut bapanya.

St John Maisus mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles melakukan kesalahan itu terhadap Maisus Josue, 63, pukul 7.30 pagi pada 13 Jan di Kg Tenggilling, Manggatal.

John didakwa mengikut Seksyen 8(1)(e) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil yang memperuntukkan denda RM25 atau sehingga seminggu penjara, jika sabit kesalahan.

Mahkamah diberitahu pihak pendakwaan bahawa kejadian itu disebabkan pertengkaran antara kedua-dua mereka.

Inspektor Suzie S.K. dan Kelvan Elson Maik mengendalikan pendakwaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.