“Dipenuhi maggot” – Rangka Mayat Wanita Ditemui Dalam Beg Dekat Hentian Bas Di Johor

14 Apr 2023 • 10:47 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mayat seorang wanita berusia 25 tahun dijumpai dalam sebuah beg di sebuah hentian bas di Kulai, Johor.

Menurut laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung penemuan rangka mayat itu kira-kira jam 1.50 petang.

Beliau memberitahu rangka mayat berkenaan sudah mereput lebih daripada 50 peratus dengan dipenuhi ulat (maggot).

image is not available

“Polis menerima panggilan telefon seorang lelaki memaklumkan terdapat satu beg berisi mayat dijumpai. Rangka mayat itu kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk proses bedah siasat.

Hasil bedah siasat mendapati, jantina mayat berkenaan adalah seorang wanita berusia anggaran 25 tahun, dengan terdapat kesan kecederaan di bawah kulit bahagian kepala.

Wanita itu dipercayai telah dibunuh lebih dua minggu lalu, bagaimanapun punca kematian masih dalam siasatan,” katanya.

Beng Yeow turut memberitahu, siasatan berhubung kes itu dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan pesalah boleh dikenakan hukuman mati.

Selain itu, pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Sivachandran di talian 016-2850204.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.