Diperakui Badan Antarabangsa, Fazura Akan Terus Bersuara Isu Negara Palestin - “Itu Adalah Jihad Kecil Saya..”

24 Jul 2024 • 12:00 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seringkali aktif dalam menyuarakan hal berkaitan negara Palestin, pelakon Fazura tidak terkesan sekiranya kurang mendapat tawaran bekerjasama jenama antarabangsa. 

Percaya dengan rezeki 

Sebaliknya, wanita berusia 40 tahun itu percaya dengan rezeki yang sudah ditetapkan.

“Ramai yang risau saya tak dapat job tapi itu adalah jihad saya, Allah tahu niat saya tapi saya tak risau sebab Allah yang tentukan rezeki saya, jadi saya tak risau. Mudah-mudahan kita sama-sama untuk suarakan isu Palestin ini,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Koleksi Merdeka Prospec KPM x Fazura.











“Sebab itu juga  saya memilih untuk memaparkan kehidupan peribadi saya sebab bagi saya tak adil untuk saya tunjukkan kehidupan saya, ramai bayi dan kanak-kanak terkorban disana jadi saya rasa tak patut saya nak paparkan kebahagiaan saya,” tambahnya lagi. 

Sebelum ini, viral dakwaan rumah tangga Fazura dan Fattah Amin bergolak berikutan jarang memuat naik foto bersama di media sosial sejak beberapa bulan yang lalu.