Dipercayai Dit*mb*k, Seorang Wanita Ditemui Mati Di Tepi Jalan Di Durian Burung

21 Jul 2024 • 12:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang wanita telah ditemui dalam keadaan telah mati di tepi jalan di Durian Burung, Padang Terap, Kedah semalam.

Memetik laporan Harian Metro, wanita itu dipercayai mati akibat ditembak dan difahamkan, mayat wanita itu telah ditemukan oleh orang awam di tepi jalan tersebut dalam keadaan terbaring.

Polis yang bergegas ke tempat penemuan itu selepas menerima laporan polis daripada orang awam mendapat bahawa terdapat kesan tembakan pada badan mangsa.

image is not available

Berdasarkan siasatan awal, wanita itu dipercayai merupakan warga Thailand namun kini pihak polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut.

Mayat mangsa warga Thailand yang berusia 30-an itu juga telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk menjalani proses bedah siasat.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Suspek yang dipercayai sudah melarikan diri kini sedang digesan oleh pihak polis dengan giat dan kes ini juga disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved