Dipercayai Sering Masuk Garaj Kereta Penduduk, Ular Sawa Seberat 60kg Akhirnya Ditangkap

6 Oct 2022 • 4:38 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dipercayai Sering Masuk Garaj Kereta Penduduk, Ular Sawa Seberat 60kg Akhirnya Ditangkap

Selepas enam kali ular sawa didakwa masuk dalam garaj kereta seorang penduduk, akhirnya reptilia tersebut berjaya ditangkap oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Taman Melati, Raub semalam,lapor Utusan Malaysia.

Ketua Zon 3 JBPM Pahang, Shahrul Nizam Nasir berkata, seramai empat pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub bergegas ke lokasi kejadian menaiki sebuah jentera selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.05 petang.

Difahamkan, ular berkenaan ditemui oleh Mazuen Mohd. Taib, 42, sewaktu mahu mengemas garaj berkenaan sekitar jam 3 petang dalam kejadian terbaharu.

“Rumah saya bersebelahan dengan longkang besar dan merupakan saluran air utama perumahan taman ini dipercayai punca reptilia berkenaan mudah masuk ke rumah kami. Setiap hujung tahun ada ular ditemukan di rumah saya. Faktor cuaca juga mungkin menjadi punca reptilia ini mencari tempat perlindungan,” maklum Mazuen menerusi Utusan Malaysia hari ini.

Tambahnya, anak kucing peliharaannya yang diletakkan di dalam sangkar turut mati ditelan ular sawa sejak tiga tahun lalu.

Susulan insiden tersebut, haiwan peliharaannya tidak lagi ditempatkan dalam sangkar, maklumnya menerusi Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved