Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat 11 Bangunan Kondo, Penyanyi Tamil Tempatan Dan Ibu Ditemui Maut

LocalEntertainment
26 Apr 2025 • 9:55 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang penyanyi Tamil terkenal tempatan bersama ibunya ditemui meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan kondominium di Taman Desa Petaling, Cheras pada Jumaat semalam.

Mangsa, Sivakumar Jayabalan yang berusia 48 tahun yang juga seorang pelakon terlibat dalam insiden jatuh bangunan itu bersama ibunya, 76 tahun, lapor Berita Harian.

image is not available

Menurut pihak polis, kedua-dua mangsa dipercayai terjatuh daripada tingkat 11 bangunan kondominium tersebut sekitar waktu tengah hari semalam.

Kedua-dua mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Cheras bagi proses bedah siasat.

image is not available
Gambar Sekadar Hiasan

Difahamkan juga, pihak polis tetap akan menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian tersebut meskipun pihak mereka mengatakan bahawa tiada sebarang unsur jenayah ditemui di tempat kejadian setakat ini.

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.