Dipercayai Terlibat Dalam Kes Culik Remaja 16 Tahun, Lelaki M*ut Ditemb*k

Entertainment
14 Apr 2025 • 12:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki yang dikatakan terlibat dalam kes culik seorang remaja maut akibat ditembak oleh pihak polis selepas berbalas tembakan pada awal pagi tadi.

Menurut sumber, mangsa berusia 16 tahun itu diculik di Seremban dan dibebaskan selepas sejumlah wang tebusan dibayar.

Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus mengatakan bahawa mangsa diculik pada 10 April lalu di Seremban kira-kira jam 5.45 petang.

Jelasnya, kumpulan penculik tersebut ada meminta wang tebusan sebanyak RM 2 juta sebelum keluarga mangsa membayar RM280,000 dan memberikan sejumlah barang kemas sebelum dibebaskan di Sendayan pada jam 8.30 malam pada keesokan harinya.

Siasatan polis kemudian membawa kepada beberapa serbuan dan tangkapan, kata beliau, kira-kira jam 5 pagi tadi, suspek yang berusia 21 tahun telah dikesan di sebuah lokasi di sekitar Klang.

image is not available

Pasukan polis kemudian mengejar suspek yang memandu kereta sehingga ke Jalan Bayu Tinggi, Bandar Bukit Tinggi, Klang.

Katanya, suspek enggan memberhentikan kenderaan, suspek merempuh kenderaan polis sebelum melepaskan tembakan. Kereta suspek kemudiannya dipintas sebelum suspek ditembak mati.

“Ini merupakan suspek yang kita percaya positif terlibat dalam kes culik di Seremban. Selain itu ada beberapa serbuan dan tangkapan yang kita buat, sejurus selepas kejadian.”

Kata Fadil yang di tempat kejadian pagi tadi, kereta yang dipandu suspek itu digunakan untuk menurunkan mangsa di satu lokasi di Sendayan.

Hasil pemeriksaan pada kereta suspek, polis menemui sepucuk pistol dan sebilah parang. Beliau juga turut berterima kasih kepada masyarakat yang membantu menyalurkan maklumat kepada pihak polis sehingga berjaya menumpaskan kumpulan penculik berkenaan.

Sumber : Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.