Dipercayai Tumpahkan Air, Budak 3 Tahun Maut Dipukul Ibu Bapa

28 Jun 2024 • 10:52 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dipercayai Tumpahkan Air, Budak 3 Tahun Maut Dipukul Ibu Bapa

Indonesia — Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut didera oleh ibu bapanya akibat menumpahkan segelas air minuman, lapor Kompas.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Desa Tugurejo, Kecamatan Ngsem, Kabupaten Kediri, di Jawa Timur.

Memetik Kompas.com, bapa tiri mangsa, 23, dan ibu kandungnya, 26, yang naik berang memukul mangsa hingga maut. Mayat mangsa kemudiannya ditanam di sebelah rumah mereka.

Ketua Unit Perlindungan Perempuan dan Anak (PPA), Sat Reskrim Polres Kediri IPDA Hery Wiyono berkata, peristiwa tersebut berlaku pada malam Sabtu, 22 Jun, selepas bapa tiri mangsa mendapati terdapat satu gelas air minuman tertumpah di dalam bilik rumahnya di Desa Tugurejo, Kecamatan Ngsem, Kabupaten Kediri.

“Kejadian bermula sekitar pukul 7.00 malam. Bermula dengan gelas berisi air yang tumpah,” kata Hery pada Rabu.

Ketika itu, bapa tiri mangsa mencari dalang yang menumpahkan air dari gelas dan bertanya kepada mangsa. Namun, mangsa mengelak dan menuduh ibunya sebagai pelaku, ibu mangsa kemudiannya menuduh mangsa kembali.

Berang kerana menganggap mangsa berbohong, ibu mangsa memarahi dan mencubit mangsa sehingga menamparnya. Bapa tiri mangsa turut memukulnya sehingga mangsa terjatuh.

Kanak-kanak maut didera akibat tumpahkan air

Kedua pelaku menjadi panik apabila melihat mangsa dalam keadaan yang tidak berdaya. Mereka sempat memberikan bantuan pernafasan dan tekanan dada.

“Bantuan berkenaan gagal sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia,” ujar Hery.

Cemas melihat keadaan tersebut, kedua ibu bapa mangsa membuat keputusan untuk mengebumikan mangsa di sebelah rumah mereka sebelum waktu subuh.

Terdahulu, mayat mangsa dilaporkan telah ditemui ditanam di sebelah rumahnya pada Selasa, 25 Jun.

Setelah pemeriksaan dilakukan, keputusan menunjukkan pelaku sebenar merupakan ibu dan bapa mangsa sendiri. Mereka mengakui perbuatan tersebut disebabkan rasa geram mereka terhadap kelakuan mangsa.

Kejadian ini berjaya dihidu apabila datuk mangsa menyedari sesuatu yang pelik ketika kedua pelaku berkunjung ke rumahnya tanpa membawa mangsa bersama, menurut Tribun News.