Diperdaya Macau Scam, 43 Rakyat Malaysia Mangsa Sindiket Di Peru Diselamatkan

10 Oct 2023 • 5:17 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mangsa Macau Scam di Peru telah diselamatkan

Diperdaya Macau Scam, 43 Rakyat Malaysia Mangsa Sindiket Di Peru Diselamatkan. 43 rakyat Malaysia menjadi mangsa sindiket Macau Scam baru-baru ini berjaya diselamatkan selepas dipercayai dilarikan ke negara Amerika Selatan, Peru.

Menurut laporan, dipercayai kesemua mangsa tersebut merupakan mangsa penyeludupan manusia dan berjaya diselamatkan oleh pihak polis republik dalam satu serbuan di sekitar kota raya Lima yang juga ibu negara republik itu.

image is not available
Sumber: mstar

“Menurut Kedutaan Besar Malaysia di Lima, pihak polis Peru mengadakan satu serbuan di sebuah rumah di La Molina, yang mana semua mangsa warganegara Malaysia terbabit sudah dikenal pasti dan diselamatkan.

Namun, menurut Pihak Kedutaan Besar Malaysia di sana memaklumkan semua mangsa dalam keadaan baik

“Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Lima sudah melakukan lawatan konsular ke atas semua mangsa dan mendapati mereka berada dalam keadaan baik,” kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan, memetik sumber.

Dalam pada itu, difahamkan kesemua 43 mangsa sudah menjalani siasatan polis dan akan dihantar pulang dalam masa terdekat.

image is not available

“Kedutaan Besar Malaysia di Lima akan terus berhubung dengan pihak berkuasa tempatan mengenai kes ini dan akan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada semua mangsa,” katanya lagi.

Baca juga artikel yang berkaitan: