Diperdaya Sindiket Menyamar Pegawai Polis, Wanita Di Tangkak Rugi RM170,000P

LocalPolitics
30 Jul 2026 • 8:39 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Diperdaya Sindiket Menyamar Pegawai Polis, Wanita Di Tangkak Rugi RM170,000P

KUALA LUMPUR - Seorang wanita mengalami kerugian sebanyak RM170,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai polis dan mendakwa mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang haram.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, mangsa yang merupakan pembantu kedai makan berusia 51 tahun menerima panggilan telefon daripada suspek pada jam 10.24 pagi, 8 Julai lalu.

Menurut beliau, suspek mendakwa mangsa mempunyai kaitan dengan aktiviti haram, sebelum memperdayakannya untuk membuat beberapa bayaran yang kononnya diperlukan bagi tujuan siasatan.

“Akibat mempercayai dakwaan tersebut, mangsa telah melakukan 11 transaksi ke dalam lapan akaun bank berbeza yang dipercayai merupakan akaun keldai, seperti diarahkan suspek,” katanya dalam satu kenyataan.

Roslan berkata, mangsa kemudian menyedari dirinya ditipu sebelum tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak semalam.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada agar tidak menjadi mangsa penipuan serta mendapatkan maklumat berkaitan taktik sindiket scam melalui platform media sosial rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK). - Getaran, 30 Julai 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved