Dipertikai Letak Nama Anak ‘Muhammad Jibril’, Opai Akui Sudah Rujuk Ustaz – “Saya Tahu Orang Kata Nama Tu ‘Berat’ Untuk Dipikul”

LocalEntertainment
7 Feb 2025 • 12:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Personaliti media sosial yang dikenali ramai iaitu Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai meluahkan dirinya tidak kisah nama anak lelaki ‘Muhammad Jibril’ dipertikai netizen.

Tak kisah netizen pertikai nama anak ‘Jibril’

Menurut Opai, dia sudah pun merujuk kepada ustaz mengenai nama yang diletak untuk anak lelakinya.

Saya tahu ada orang kata nama itu ‘berat’ untuk dipikul. Asalnya hanya nak letak Muhammad sahaja, tapi isteri saya nak letak Jibril. Saya fikir banyak kali juga untuk tambah Jibril itu.

image is not available

Bagaimanapun, selepas mengerjakan umrah ketika isteri sedang hamil, Opai merasakan semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT dan sepakat untuk meletak nama ‘Jibril’.

Anak sudah pandai berjalan, sebut ‘papa’ dan ‘mama’

Berkongsi lanjut mengenai anak lelakinya itu, personaliti media sosial tersebut berkata Jibril sudah pandai untuk menyebut ‘papa’ dan ‘mama’ serta sudah pandai berjalan di usia 10 bulan.

image is not available

Sekadar info, Aliff Awang mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Fatin Afeefa pada Disember 2022 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Jibril.

image is not available 3 weeks ago

"Saya Multi Millionaire, Tak Wujud Wanita Berpendapatan Lebih Tinggi Daripada Saya" - Opai