Dipuji cantik, Nia Atasha bangga jadi model jenama pakaian dalam terkemuka

4 Jul 2023 • 9:57 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan model, Nia Atasha Rosli mengumumkan berita gembira buat peminatnya bahawa dia kini melangkah lebih jauh dalam karier dunia peragaan apabila disunting dan menjadi sebahagian daripada keluarga jenama pakaian dalam terkemuka dunia, Victoria’s Secret.

Dah tak boleh simpan rahsia..

Nia yang juga dikenali sebagai Sleepylllama menyatakan dia sudah lama menyimpan rahsia tersebut, namun akhirnya terpaksa berkongsi kerana sudah tidak sabar dan teruja mengenai sesuatu bakal tiba tidak lama lagi.

“Saya sudah tidak boleh lagi menyimpan rahsia. Sesuatu menarik bakal datang tidak lama lagi. Boleh ke kamu teka, apakah ia?
“Foto disebalik tabir oleh @annicelyn dan @jessielyee, Women Photographers Malaysia untuk Victoria’s Secret”,”tulisnya.

image is not available

image is not available

image is not available

Tak sabar & tumpang gembira

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi keterujaan di kalangan rakan-rakan artis termasuk peminat di mana mereka menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat hasil sentuhan titik peluh bekas kekasih Qi Razali.

image is not available image is not available image is not available

Pertama di Asia, Nia antara model menjadi wajah jenama pakaian dalam terkemuka

Sementara itu, menerusi hantaran di aplikasi TikTok @ehmalaysia, ia menyatakan Nia merupakan sebahagian daripada wajah untuk kempen jenama berkenaan selain ia adalah pertama di Asia.

Selain Nia, antara figura lain bertuah adalah pelakon terkemuka Thailand, Janie Tienphosuwan yang pernah membintangi drama You Are My Makeup Artist dan Jane Teoh iaitu Miss Universe 2018.

Difahaman, tema kempen yang diperkenalkan oleh jenama berkenaan adalah berkaitan keberanian dan menyerlahkan keyakinan para wanita.

@ehmalaysia

Pertama di Asia, model @sleepylllama menjadi antara wajah kempen baharu @victoriassecretmy disamping peserta Miss Universe 2018 @janeteoh_ dan pelakon Thailand @janienineeleven memperagakan koleksi T-Shirt Bra meraikan keberanian dan menyerlahkan keyakinan wanita. #ehmalaysia #BeAuthenticBeYou @victoriassecretmy @valiram

♬ original sound – ehmalaysia – ehmalaysia

Islam ke dia? Memalukan…

Bagaimanapun, perkongsian di aplikasi tersebut mendapat banyak kecaman di kalangan warganet di mana mereka meluahkan rasa kesal apabila model beragama dilantik menjadi model pakaian dalam.

Ini kerana ia menonjolkan tubuh badan yang tidak sepatutnya di khalayak ramai seperti tiada rasa malu dalam diri.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not availableimage is not available

Bangga dan tak ingat kematian ke?

image is not available

Sumber: Instagram @sleepylllama, TikTok @ehmalaysia