“Dipuji Indah Rupa, Sopan” – Anak Pelakon Terkenal Didakwa Sondol Suami Orang, Check In

Entertainment
8 Sep 2023 • 9:42 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tular di aplikasi X mengenai pendedahan seorang wanita mendakwa rumah tangga yang dibina hancur selepas kehadiran orang ketiga.

Dakwanya, orang ketiga itu merupakan anak kepada pasangan pelakon popular satu ketika dahulu. Dia meluahkan rasa sedih kerana dua orang anaknya kehilangan kasih sayang seorang bapa disebabkan perempuan itu.

image is not available

image is not available

Dakwanya lagi, sebelum bercerai dia sudah memberikan tiga peluang mengharapkan suami berubah. Tetapi Allah SWT menggerakkan hatinya untuk memeriksa emel suami.

Dia mendakwa melihat resit menunjukkan tempahan penginapan di sebuah studio suite terletak di Bukit Bintang di atas nama orang ketiga itu.

image is not available

image is not available

Wanita ini mendakwa, anak pelakon yang baru berusia 18 tahun ini pernah berjanji tak akan mengganggu suaminya lagi namun janji dimungkiri.

Dia menggambarkan anak pelakon itu sering dipuji cantik paras rupa, sopan santun dan datang daripada keluarga harmoni di mana ibu bapanya berkawan baik biarpun sudah bercerai.

Kredit: X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.