Disamakan Seperti Bentuk Tuala Wanita, Rekaan Stesen Kereta Api Di China Ini Tarik Perhatian Ramai

Entertainment
21 Apr 2024 • 12:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah stesen kereta api yang bakal dibina di Nanjing, China baru-baru ini telah menjadi perhatian ramai pengguna media sosial seluruh dunia kerana ada yang menyamakan rekaan cadangan stesen tersebut seperti bentuk tuala wanita!

Memetik laporan South China Morning Post, stesen kereta api itu masih belum dibina sebaliknya rekaan bentuk bangunan stesen itu baru sahaja diluluskan oleh pihak berkuasa negara itu.

Difahamkan, rekaan bangunan stesen kereta api itu difahamkan sebenarnya telah diinspirasikan daripada bentuk bunga plum kerana bunga itu terkenal di bandar Nanjing.

Namun, setelah rekaan bangunan baru itu tular di media sosial, ada pula warganet negara itu yang menyamakan stesen kereta api baru yang akan dibina itu dengan bentuk tuala wanita apabila dilihat dari pandangan atas (aerial view).

Ada juga warganet China yang mengatakan bunga plum mempunyai lima kelopak namun rekaan bangunan itu yang dikatakan diinspirasikan dari bunga itu pula tidak sama dengan bunga tersebut.

Selain itu, ada juga yang berjenaka dengan mengatakan bumbung bangunan stesen itu mungkin kalis air dan boleh kering dengan cepat kerana menyamakannya dengan ciri-ciri tuala wanita yang cepat menyerap.

Namun, dalam masa yang sama, ada juga yang memuji rekaan stesen kereta api baru itu kerana dilihat futuristik.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.