“Disambut sebatang pokok”- Terjatuh Dari Tingkat 18, Kanak-kanak 3 Tahun Di China Terselamat

Entertainment
2 Aug 2025 • 2:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang kanak-kanak lelaki di China telah menjadi perhatian seluruh dunia apabila dia dilaporkan terselamat meskipun terjatuh dari aras 18 bangunan kediaman keluarganya, lapor South China Morning Post.

Kanak-kanak yang berusia tiga tahun itu difahamkan telah terjatuh dari tingkat 18 itu pada 15 Julai lalu dan ketika kejadian, mangsa dilaporkan berada di bawah jagaan datuk dan neneknya.

Sebelum kejadian, kanak-kanak tersebut dipercayai tidur dan oleh itu, datuk dan neneknya telah keluar rumah sebentar untuk keluar membeli barang dapur dan telah mengunci pintu rumah agar kanak-kanak itu tidak keluar seorang diri.

Walau bagaimanapun, ketika ketiadaan orang dewasa di rumah itu, kanak-kanak berkenaan telah terjaga dari tidur dan telah ke tandas.

Tingkap tandas tersebut pula tidak mempunyai palang keselamatan dan mangsa berjaya memanjat tandas untuk ke tingkap sebelum mangsa terjatuh.

image is not available

Namun, nyawa mangsa ternyata masih panjang apabila kanak-kanak itu yang terjatuh ke bawah telah ‘disambut’ oleh pokok yang berada di kawasan bawah bangunan.

image is not available

Menurut bapa mangsa, sukar untuk dia percaya bahawa anaknya itu telah terjatuh dari aras 18 sehingga lah dia melihat sendiri rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Pokok tersebut difahamkan telah mengurangkan impak kanak-kanak itu terjatuh dari tempat tinggi sebelum mangsa terjatuh ke tanah.

Susulan itu, mangsa tidak mengalami kecederaan yang parah pada bahagian kepalanya dan kini sedang dalam proses untuk sembuh dari kecederaan pada tangan kiri.

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.