Disangka hilang, dua kanak-kanak rupanya terperangkap 9 jam dalam lif

20 Aug 2024 • 12:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Dua kanak-kanak rupanya terperangkap 9 jam dalam lif selepas disangka hilang oleh ahli keluarga memandangkan tidak dapat dikesan keberadaannya.

Memetik laporan dari Harian Metro, dua kanak-kanak berkenaan dilaporkan hilang di sebuah pangsapuri di Desa Petaling, Cheras telah ditemui apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kedua-dua mangsa berusia 11 dan 10 tahun dilihat tertidur selepas terperangkap kira-kira sembilan jam dalam lif yang sedang diselenggara pada 12.45 tengah malam.

image is not available

Dua kanak-kanak rupanya terperangkap, ditemui dalam keadaan selamat

Susulan daripada itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh memaklumkan yang kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan di alami.

Terdapat dua laporan polis dibuat berhubung kehilangan dua kanak-kanak terbabit oleh waris mereka petang semalam.

“Berdasarkan maklumat, dua kanak-kanak terbabit keluar dari rumah untuk membeli pau di kedai berdekatan pada 2.30 petang semalam sebelum mereka terperangkap dalam lif berkenaan,” katanya.

Dua kanak-kanak rupanya terperangkap, tertidur keletihan minta bantuan

Difahamkan, kanak-kanak tersebut telah pun meminta bantuan sehingga keletihan dan tertidur di dalam lif susulan tiada sebarang respon ketika itu.

image is not available

Terdahulu, tular di media sosial berita tentang kanak-kanak yang dipercayai hilang selepas keluar membeli makanan bersama rakannya.

Ibu kepada kanak-kanak terbabit menyatakan dia tidak pulang ke rumah walaupun sudah jam 7 malam selepas keluar membeli makanan pada jam 2 petang.

image is not available